Akauntabiliti, Kawalan Dalaman Dan Risiko dalam Pengurusan Kewangan Institusi Keagamaan

Abdul Sattar Harun, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor

Abstract


Masjid dan surau di Malaysia adalah institusi keagamaan yang terdekat dengan penduduk setempat untuk menjalankan ibadah secara jemaah. Peranannya dalam menerima derma dan sedekah dari orang ramai, sumbangan badan persendirian serta peruntukan dari kerajaan menjadikan pengurusan kewangan masjid dan surau perlu dikaji. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk menilai tahap kawalan dalaman dalam aspek pengurusan kewangan institusi keagamaan di Putrajaya sebagai tafsiran akauntabiliti terhadap pemegang kepentingannya. Selain itu, kajian juga bermatlamat untuk menentukan samada risiko yang boleh wujud dari pelaksanaan kawalan dalaman tersebut telah dikenalpasti. Pengumpulan data dibuat melalui kaedah temu bual separa berstruktur bersama enam wakil surau yang dipilih sebagai sampel. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa kelemahan terutamanya dalam aspek terimaan dan keselamatan wang tunai, pembayaran panjar wang runcit, perolehan, perakaunan serta kaedah pengawasan yang longgar terhadap pengurusan kewangan institusi keagamaan di Putrajaya. Selain itu, risiko penyelewengan, penyalahgunaan, pembaziran, kehilangan dan kepincangan data kewangan juga dikenalpasti boleh berlaku disebabkan elemen kawalan dalaman yang tidak teratur. Kajian ini akan menjadi asas kepada pihak kawal selia seperti MAIWP dan JAWI dalam membuat perancangan bagi menambahbaik pengurusan kewangan institusi keagamaan.


Keywords


akauntabiliti, risiko, kawalan dalaman, pengurusan kewangan, tabung kewangan, putrajaya

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This journal is indexed by:

   

 

ISSN : 2180-3838

e-ISSN : 2716-6060