Pelaporan Akauntabiliti Kerjasama Awam Swasta: Satu Analisis Keperluan
Abstract
Pelaporan merupakan satu bentuk medium komunikasi bagi penzahiran akauntabiliti kepada pihak berkepentingan. Sehubungan itu, bagi meningkatkan kepercayaan dan keyakinan pihak berkepentingan terhadap pelaksanaan projek infrastruktur di bawah pengaturan Kerjasama Awam Swasta, maka aspek pendedahan maklumat projek seharusnya dititikberatkan oleh sektor awam. Berikutan itu, kajian ini dilaksanakan untuk menyelidiki status pendedahan maklumat sedia ada dan mengenal pasti akan keperluan dibangunkan suatu kerangka kerja pelaporan yang khusus bagi projek infrastruktur Kerjasama Awam Swasta, sebagai satu mekanisme dalam memenuhi tuntutan akauntabiliti oleh pihak berkepentingan. Kajian ini telah dilaksanakan secara kualitatif menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur. Sembilan informan telah dipilih secara pensampelan bertujuan yang terdiri daripada pihak penggubal dasar, agensi pelaksana dan penyedia laporan. Audio sesi temu bual telah ditranskripsikan dan data dianalisis bagi mencapai objektif kajian. Dapatan kajian telah mengesahkan keperluan pelaporan akauntabiliti dan kepentingan dibangunkan suatu kerangka kerja pelaporan sebagai panduan kepada Kerajaan Persekutuan Malaysia. Turut dipersetujui adalah berhubung senarai kategori maklumat kerangka kerja pelaporan akauntabiliti yang bakal dibangunkan. Kategori maklumat pelaporan ini penting sebagai inti pati pendedahan bagi menjustifikasikan tingkah laku sektor awam terhadap aktiviti dan keputusan yang diambil dalam menjayakan projek infrastruktur Kerjasama Awam Swasta. Berikutan analisis keperluan ini hanya memberi fokus kepada keperluan kandungan laporan berkaitan projek infrastruktur, maka pengkaji di masa hadapan boleh memperluaskan kepada jenis projek-projek yang lain di bawah pengaturan Kerjasama Awam Swasta.
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This journal is indexed by:
ISSN : 2180-3838
e-ISSN : 2716-6060