Pengurusan Pengetahuan dalam Penyumberan Luar Perakaunan Luar Pesisir (Knowledge Management in Offshore Accounting Outsourcing)

Aini Aman, Rosma Nadianti Risman

Abstract


Pengurusan pengetahuan merupakan isu utama yang sering dihadapi firma yang terlibat dalam industri penyumberan luar perakaunan luar pesisir. Objektif utama kertas kerja ini ialah untuk memahami cabaran dalam pengurusan pengetahuan dalam penyumberan luar perakaunan luar pesisir bagi syarikat pembekal perkhidmatan. Kertas kerja ini juga membincangkan bagaimana syarikat tersebut mengatasi cabaran pengurusan pengetahuan. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes intepretif sebuah syarikat UK yang beroperasi di Malaysia. Kertas kerja ini meninjau aspek pengurusan pengetahuan dalam setiap kitar penciptaan, penyimpanan, pemindahan dan aplikasi pengetahuan. Hasil kajian menunjukkan bahawa cabaran utama dalam pengurusan pengetahuan ialah kesukaran untuk melatih pekerja baharu dan antara kaedah utama yang digunakan untuk mengatasi cabaran ini adalah melalui latihan tidak formal. Dapatan awal kajian ini turut menyumbang kepada teori tentang peningkatan bakat melalui amalan pendokumentasian dan latihan tidak formal. Secara praktis pula, ia mengetengahkan mekanisma pengurusan pengetahuan yang boleh diguna pakai oleh syarikat pembekal bersaiz kecil untuk menguruskan pengetahuan secara lebih berkesan, terutamanya dalam industri perkhidmatan penyumberan luar perakaunan.

Knowledge management has become major issues in the offshore accounting outsourcing industry. The objective of this study is to understand the challenges faced by offshore outsourcing suppliers in managing knowledge. In addition, this paper presents ways to overcome these challenges. This study utilized the interpretive case study approach on a UK firm which has an operation centre in Malaysia. This paper looks into each knowledge management cycle, i.e., knowledge creation, knowledge storage, knowledge transfer and knowledge application. The findings of this study show that the main challenge in knowledge management is the training of new staffs and one of the ways to overcome this challenge is through informal training. These initial findings contribute to the theoretical development in the area of knowledge management within the contexts of offshore accounting outsourcing through talent improvement and informal training. At the same time, the findings of this study suggest the practical aspects of managing knowledge in offshore accounting outsourcing.


Keywords


Knowledge management; offshore accounting outsourcing; e-Invoice

Full Text:

Untitled


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/ajag-2012-3-6514

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This journal is indexed by:

   

 

ISSN : 2180-3838

e-ISSN : 2716-6060