TRANSFORMASI PEDAGOGI PENGAJIAN UMUM: IMPLEMENTASI CHATBOT SOPHIA AI DALAM KURSUS FALSAFAH DAN ISU SEMASA

jahidih saili, Jahidih Saili

Abstract


Kajian ini menilai impak implementasi Chatbot Sophia AI dalam kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) di UiTM Kota Kinabalu, dengan fokus pada transformasi pedagogi dan kesannya terhadap pemahaman konsep, pemikiran kritis, dan motivasi pelajar. Pendekatan kuantitatif digunakan melibatkan 296 pelajar sarjana muda. Data dikumpul melalui soal selidik 30 item menggunakan skala Likert 5 mata, dengan penilaian pra dan pasca implementasi. Ujian-t berpasangan dan ANOVA berulang digunakan untuk analisis data. Hasil kajian menunjukkan peningkatan signifikan dalam pemahaman pelajar terhadap konsep falsafah (p < .001) dan kemahiran pemikiran kritis (p < .001) merentasi semua aspek yang diukur. Peningkatan tertinggi diperhatikan dalam kemahiran sintesis (30.0%, t(295) = 18.5, p < .001). Penglibatan pelajar dengan bahan kursus meningkat secara signifikan (t(295) = 12.3, p < .001, d = 0.71). Walau bagaimanapun, isu teknikal (37.2%) dan kebergantungan berlebihan terhadap teknologi (22.6%) dikenal pasti sebagai cabaran utama implementasi. Kajian ini menyumbang kepada bidang pedagogi digital dengan menyediakan bukti empirikal tentang keberkesanan AI dalam pengajaran falsafah dan pemikiran kritis dalam pengajian umum. Ia menunjukkan peranan AI boleh menyokong pembelajaran konstruktivisme dan memupuk kemahiran abad ke-21 dalam pendidikan tinggi. Dapatan kajian mempunyai implikasi terhadap reka bentuk kurikulum, menekankan keperluan untuk integrasi sistematik AI dalam kursus pengajian umum dan kepentingan membangunkan literasi AI dalam kalangan pelajar.

Keywords


Chatbot; Falsafah dan Isu Semasa; Kecerdasan Buatan; Pedagogi Digital; Pemikiran Kritis

Full Text:

PDF

References


Ahmad Nasir, M. Y., Ratna Roshida, A. R., & Mohd Maulana, M. (2022). Teknik Kuliah Maya: Pendekatan 'Synchronous dan Pengalaman Kursus Falsafah dan Isu Semasa, UPM, Selangor. Dalam e-Prosiding PASAK7 2022: Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-7 (PASAK 7 2022) (hlm. 1-14). Universiti Putra Malaysia.

Ateerah, A. R., Shahriman, A. B., Nur Azuki, Y., Noor Hisham, M. N., & Burhan, C. D. (2022). Nilai toleransi dalam Mata Pelajaran Umum Menurut Perspektif Pelajar. Borneo International Journal, 5(1), 01-07.

Bowen, G. A. (2009). Document analysis as a qualitative research method. Qualitative Research Journal, 9(2), 27-40. https://doi.org/10.3316/QRJ0902027

Chisita, C. T., & Tsabedze, V. W. (2021). Massive open online courses (MOOCs): A tool for intercontinental collaboration in archives and records management education in Eswatini. Records Management Journal, 31(2), 158-175. https://doi.org/10.1108/RMJ-08-2020-0028

Crites, J. O. (1965). Test reviews: Watson-Glaser Critical Thinking Appraisal. Journal of Counseling Psychology, 12(3), 328–330. https://doi.org/10.1037/h0020517

Faezah, K., Noor Ain, M. N., Muhammad Shamshinor, A. A., Irene, Y. S. C., Mohd. Rahimi, R., & Fatimi, H. (2023). Pelaksanaan dan Keberkesanan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Falsafah dan Isu Semasa dalam Kalangan Pelajar di Universiti Malaya. Sains Insani, 8(1), 15-24.

Gligorea, I., Cioca, M., Oancea, R., Gorski, A.-T., Gorski, H., & Tudorache, P. (2023). Adaptive learning using artificial intelligence in e-learning: A literature review. Education Sciences, 13(12), Article 1216. https://doi.org/10.3390/educsci13121216

Guillemin, M., & Gillam, L. (2004). Ethics, reflexivity, and "ethically important moments" in research. Qualitative Inquiry, 10(2), 261-280. https://doi.org/10.1177/1077800403262360

Habibah @ Artini, R., Syamsul Azizul, M., Saifulazry, M., Mohd. Sohaimi, E., Mohd Kamal, M. S., Norshahrul Marzuki, M. N., & Khairul Ghufran, K. (2021). Penelitian Awal Aspek Kefahaman Mahasiswa Terhadap Kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS): Tinjauan di Universiti Malaysia Sabah (UMS). International Journal of Education, Psychology and Counselling, 6(39), 150-165.

Irma Wani, O., Yusten, K., Mohd Nasrun, M. T., Saifulazry, M., Muhammad Safuan, Y., & Hidayah Iwani, M. K. (2023). Cultivating patriotism among university students: Facilitating the formation of the Malaysian family concept in a multiracial society. International Journal of Modern Education (IJMOE), 5(19), 359-392.

Kebritchi, M., Lipschuetz, A., & Santiague, L. (2017). Issues and challenges for teaching successful online courses in higher education: A literature review. Journal of Educational Technology Systems, 46(1), 4-29. https://doi.org/10.1177/0047239516661713

Latifah, A. L., Ros Aiza, M. M., & Abd Hakim, M. (2020). Penerimaan Pelajar USIM terhadap kursus falsafah dan isu semasa: Satu analisis deskriptif. In E-Proceeding: Seminar Antarabangsa Islam Dan Sains (SAIS 2020). Universiti Sains Islam Malaysia.

Mohd. Sohaimi, E., Romzi, A., Mohd Azri, I., Irma Wani, O., Abang Mohd. Razif, A. M., Nurul Ain, Z., & Nurulasyikin, M. (2021). Elemen kepimpinan dalam kursus teras universiti: Kajian kes dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah [The element of leadership within the university core courses: A case of students at Universiti Malaysia Sabah]. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 6(38), 18-29.

Muhammad Hazim, M. A., Khalid, I., Abdul Salam, Z., Wan Mohd Amjad, W. H., Ahmad Zakwan, M. F., Jamalia, A., Basri, A. G., Che Latifah, I., Afiffudin, M. N., & Jamahizan, J. (2021). Wacana Dekolonisasi Ilmu Dan Pembentukan Kearifan Tempatan Melalui Kursus Falsafah Dan Isu Semasa. Online Journal of Research in Islamic Studies, 8(1), 65-83.

Noor Syahidah, M. A., & Syaimak, I. (2023). Go Falquizz: Permainan interaktif pengusaan terminologi. Dalam E-Proceedings International Teaching Aid Competition 2023 (hlm. 240-248). Universiti Teknologi MARA.

Norafifah, A. H., Mahfuzah, M. Z., Siti Nurul Izza, H., & Nor Azlina, A. W. (2023). Penerapan Ilmu Logik dalam Kursus Falsafah dan Isu Semasa: Kepentingannya Terhadap Mahasiswa. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 8(52), 93-103.

Peng, H., Ma, S., & Spector, J. M. (2019). Personalized adaptive learning: An emerging pedagogical approach enabled by a smart learning environment. Smart Learning Environments, 6, Article 9. https://doi.org/10.1186/s40561-019-0089-y

Polit, D. F., & Beck, C. T. (2006). The content validity index: Are you sure you know what's being reported? Critique and recommendations. Research in Nursing & Health, 29(5), 489-497. https://doi.org/10.1002/nur.20147

Ruiz-Rojas, L., Ivannova, L., Salvador-Ullauri, L., & Acosta-Vargas, P. (2024). Collaborative working and critical thinking: Adoption of generative artificial intelligence tools in higher education. Sustainability, 16(13), Article 5367. https://doi.org/10.3390/su16135367

Shetty, A. (2023, November 7). History of chatbots – From Eliza to AI chatbots. Yellow.ai. https://yellow.ai/blog/history-of-chatbots/

Siti Fathihah, A. L., Shahidatul Maslina, M. S., Lena, R., Syakirah, S., & Noor Syamimie, M. N. (2022). Classtools: Fun Learning in Philosophy and Current Issues. Dalam IUCEL2022 Proceedings (hlm. 664-668).

Syamsul Azizul, M., Abang Mohd. Razif, A. M., Mohd. Sohaimi, E., Irma Wani, O., Habibah @ Artini, R., Saifulazry, M., & Muhammad Safuan, Y. (2021). Pengajaran Kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) dalam membentuk pemikiran kritis: Penelitian terhadap modul kursus FIS di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 6(39), 137-149.

Tavakol, M., & Dennick, R. (2011). Making sense of Cronbach's alpha. International Journal of Medical Education, 2, 53-55. https://doi.org/10.5116/ijme.4dfb.8dfd


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright @ 2009 ASEAN Journal of Teaching & Learning in Higher Education