Pilihan Parti Politik di Kawasan Bandar dan Luar Bandar Menjelang PRU-15: Kajian Tinjauan di Parlimen Damansara dan Tanjung Karang

Junaidi Awang Besar, Norihan Tajudin

Abstract


Pilihan raya dapat memberikan peluang kepada masyarakat menunjukkan sokongan atau sebaliknya kepada parti politik yang bertanding. Ia juga dapat memberi petunjuk setempat terhadap penerimaan penduduk terhadap prestasi kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Baik di luar negara mahupun di Malaysia, pilihan politik pengundi di kawasan luar bandar seringkali mengikut pengaruh politik identiti berdasarkan kefahaman mereka tentang perjuangan parti politik yang mereka dukungi, manakala pengundi di bandar pula dipengaruhi politik nilai seperti sentimen ekonomi, kebajikan sosial, budaya dan alam sekitar. Perlaksanaan UNDI18 juga telah menambahkan jurang yang sedia ada. Justeru kajian ini dilakukan untuk mengkaji pilihan politik terkini di kalangan pengundi di kawasan bandar iaitu Damansara dan luar bandar iaitu Tg. Karang. Metodologi yang dipilih ialah kaedah persampelan mudah menggunakan tinjauan borang soal-selidik secara bersemuka dan dalam talian. Seramai 500 orang responden bersedia menjawab soalan dengan baik. Seterusnya data dari borang soal selidik telah dianalisis menggunakan perisian SPSS dan dipaparkan dalam bentuk jadual. Hasil kajian mendapati 52.6% responden Damansara bersikap rasional bahawa parti PH akan menang bagi peringkat Negeri (DUN) Selangor kerana PH telah mempertahankan kerusi selama dua penggal. Bagi kawasan Tg. Karang, 52.6% responden yakin  BN menang. Hal ini memberikan implikasi bahawa kecenderungan pemilihan parti antara responden luar bandar Tg. Karang dan bandar Damansara adalah berlandaskan landskap politik arus perdana dan mereka bersikap rasional. Hanya parti BN, PH dan PN menjadi pilihan responden di kawasan kajian berbanding MN dan GTA. Tingkah laku pengundian dalam kalangan responden muda juga berbeza berbanding generasi tua. Kesimpulannya kajian ini telah menonjolkan masih wujud jurang geografi dari segi tingkah laku pengundian dan akan meningkat dalam pilihan raya akan datang.


Full Text:

PDF

References


Ahmad Rizal Mohd Yusof, Mansor Mohd Noor, Arvin Tajari, Muhammad Asri Mohd Ali, Mohd Mahadee Ismail, Muhammad Shamshinor Abd Azzis, & Najiha Zainuddin. (2016). Pola pengundian generasi Y menjelang PRU ke-14 di Kuala Lumpur. Research Journal of Social Sciences, 9(93): 23-42.

Ali Salman & Mohd Azul Mohammad Salleh. (2020). Examining relationship between political agenda on social media and political support among university students. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 36(3) 2020: 281-295.

Anon. (2026). Pengundi muda king make aspirasi mereka perlu didengar. https://pru.sinarharian.com.my/info-berita/22813/pengundi-muda-king-maker-aspirasi- mereka-perlu-didengar

Armstrong, D. A., Lucas, J., & Taylor, Z. (2022). The Urban-Rural Divide in Canadian Federal Elections, 1896-2019. Canadian Journal of Political Science, 55(1): 12-22.

Ardèvol-Abreu, A., Gil de Zúñiga, H., & Gámez, E. (2020). The influence of conspiracy beliefs on conventional and unconventional forms of political participation: The mediating role of political efficacy. British Journal of Social Psychology, 59(2): 55-61.

Asriadi, A., Yusa’ Farchan, & Wiyono. (2025). The Role Of Online Media In Shaping The Popularity Of Political Parties In The 2024 Election In Indonesia. INJECT (Interdisciplinary Journal of Communication), 10(1): 23-31.

Ationg, R., Ibrahim, M. A., Esa, M. S., & Layapan, M. (2020). Analisis Pola Pengundian dan Senario Politik Semasa di Malaysia Era Pasca Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 Berdasarkan Pilihan Raya Kecil P186 Sandakan, Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(5): 45-57.

Braun, D., & Schäfer, C. (2022). Issues that mobilize Europe. The role of key policy issues for voter turnout in the 2019 European Parliament election. European Union Politics, 23(1): 56-66.

Coleman, J.S. (1990). Foundations of Social Theory. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Davidson, T. R., & Enos, J. (2025). Engaging Populism? The Popularity of European Populist Political Parties on Facebook and Twitter, 2010–2020. Political Communication, 42(1): 32-55.

Downs A. (1957). An Economic Theory of Democracy. Harper and Row, New York.

Dzulpadzli Shaarin, Sity Daud & Normah Mustaffa. (2025). Respons Kerajaan Terhadap Penyebaran Berita Palsu di Media Sosial. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 52(3)(2025): 376-392.

Haffert, L., & Mitteregger, R. (2023). Cohorts and neighbors: Urban-rural conflict along the age gradient. Electoral Studies, 86: 23-34.

Huijsmans, T., & Rodden, J. (2025). The Great Global Divider? A Comparison of Urban-Rural Partisan Polarization in Western Democracies. Comparative Political Studies, 58(2): 21-34.

Junaidi Awang Besar. (2025). Politik Identiti dan Nilai Dalam Pilihan Raya Kecil (ms. 243–263). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Junaidi Awang Besar. (2021). Pengaruh geografi terhadap pola pengundian. Dlm. Amer Saifude Ghazali & Junaidi Awang Besar (Peny.), Geografi Pilihan Raya di Malaysia: Amalan dan Aplikasi (ms. 105–140). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Karp, J. A., & Banducci, S. A. (2008). Political efficacy and participation in twenty-seven democracies: How electoral systems shape political behaviour. British Journal of Political Science, 38(2): 23-42.

Khalida Najwa Khairuddin & Junaidi Awang Besar. (2021). Tingkah laku pengundi luar di kawasan Dun Tras, Raub, Pahang. Jurnal Wacana Sarjana, 5(1): 1-17.

Koivukoski, J., Laaksonen, S. M., Zareff, J., & Knuutila, A. (2025). Challenging and Enhancing Legitimacy Through Humor: A Comparative Study of Candidates’ Use of Humor on Facebook before the 2019 and 2023 Finnish Parliamentary Elections. Alternatives, 50(1): 45-56.

Mohd. Nor Hafiz Ahmad Pauzan, Junaidi Awang Besar & Hamzah Jusoh. (2021). Impak persempadanan semula bahagian pilihan raya terhadap pola pengundian dalam pilihan raya umum ke-14 di kawasan DUN Kadok dan Melor, Kelantan. Malaysian Journal of Society and Space, 17(2): 21-33.

Mohd. Zakaria Ibrahim & Amer Saifude Ghazali. (2021). Konsep geo-bencana dari perspektif geografi. Dlm. Amer Saifude Ghazali & Junaidi Awang Besar (Peny.), Geografi Pilihan Raya di Malaysia: Amalan dan Aplikasi (ms. 203–240). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mokhtar Ahmad, Junaidi Awang Besar & Mohd Fuad Mat Jali. (2024). Tsunami Pilihan Raya Umum ke-14 di Malaysia: Kebangkitan Pakatan Harapan dan Kemunculan Politik Baharu. Akademika, 94(03): 34-43.

Muhammad Agus Yusoff. (2008). Faktor kejayaan dan kegagalan sistem politik persekutuan. . Dlm. Ghazali Mayudin (Peny.), Politik Malaysia Perspektif Teori Praktik (ms. 95- 110). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Norhafiza Mohd Hed. (2018). Perkembangan protes politik di Malaysia: Dari era pra-kemerdekaan hingga tsunami politik. Jurnal Perspektif: Special Issue 1: (20-32).

Norhafiza Mohd Hed. (2021). Penglibatan belia dalam demokrasi dan proses politik. Dlm. Junaidi Awang Besar (Peny.), Geografi Pilihan Raya di Malaysia: Amalan dan Aplikasi (ms. 257–276). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya

Norihan Tajudin & Junaidi Awang Besar. (2022). Persepsi masyarakat terhadap dasar kesejahteraan masyarakat semasa pandemik dalam kalangan komuniti rentan Kota Damansara, Selangor. Jurnal Wacana Sarjana, 5(5): 1-15.

Nur Elya Syafika Kamarozaman & Junaidi Awang Besar. (2021). Pandangan pengundi terhadap Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Jurnal Wacana Sarjana 5(3)(June 2021): 1-29.

Pong, T. K., & Tan, Y. Y. (2018). Urban Tsunami dalam PRU ke-13: Analisis Pola Pengundian Masyarakat Cina Malaysia. Journal Of Chinese Literature And Culture, 6(1): 21-34.

Siti Nurshahidah Sah Allam, Normah Mustaffa & Mohd Nor Shahizan Ali. (2024). Pengaruh kemahiran literasi media dalam konteks pengundi muda baharu di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 40(2) 2024: 224-246.

Suhana Saad & Shahrul Nazmi Sannusi. (2023). Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15): Analisis bias media portal berita dalam talian di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 39(4) 2023: 247-269.

Suriana Ramli & Rosmadi Fauzi. (2025). Sokongan politik kepada Barisan Nasional semasa Pra-PRU-14 di Felda Chiku, Gua Musang. Dlm. Amer Saifude Ghazali & Junaidi Awang Besar (Peny.), Geografi Pilihan Raya di Malaysia: Amalan dan Aplikasi (ms. 79-104). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Ting Ting Yong & Azlina Abdullah. (2026). Persepsi Etnik Cina Terhadap Liputan Berita Berunsur Rasisme Dan Implikasinya Terhadap Hubungan Antara Etnik di Kuala Lumpur. e-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities, 23(2): 278-296.

Ummu Aabidah Abu Mat Suaud, Mohd Muslim Said & Rosmadi Fauzi. (2021). Calon cita rasa rakyat dari perspektif Geografi di Parlimen Lembah Pantai. Dlm. Amer Saifude Ghazali & Junaidi Awang Besar (Peny.), Geografi Pilihan Raya Di Malaysia: Amalan dan Aplikasi (ms. 241–256). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif. (2008). Demokrasi di Malaysia: Antara persaingan dan perwakilan. Dlm. Ghazali Mayudin (Peny.), Politik Malaysia Perspektif Teori Praktik (ms. 25-38). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Walks, R. A. (2004). Place of residence, party preferences, and political attitudes in Canadian cities and suburbs. Journal of Urban Affairs, 26(3): 45-56.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.