Analisis Trend Indeks Harga dan Taburan Jenis Perumahan Mengikut Kelas Sosioekonomi di Kuala Lumpur (Trend Analysis of Prices Index and Distribution Types of Housing Based on Socioeconomic Classes in the Kuala Lumpur)

Saripah Osman, Khairos Md Saini

Abstract


Rumah merupakan satu keperluan asas yang harus dimiliki bagi memastikan kesejahteraan hidup rakyat dapat dipertingkatkan. Namun begitu, isu harga rumah yang tidak konsisten dan mampu milik menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan penduduk. Secara umum, keadaan ini berpunca daripada peningkatan harga rumah yang dipengaruhi oleh nilai tanah, dan jarak daripada pusat bandar. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada indeks harga rumah dan taburan jenis perumahan yang wujud di sekitar bandar Kuala Lumpur. Data yang diperoleh daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPPHKL) dijadikan sebagai sumber utama untuk mengenal pasti indeks harga rumah dan jenis perumahan. Untuk memaparkan imej secara visual, Sistem Maklumat Geografi (GIS) akan diguna pakai untuk menganalisis taburan. Indeks harga rumah di sekitar bandar Kuala Lumpur dilihat semakin meningkat secara konsisten merangkumi semua jenis perumahan yang ditawarkan. Nilai tanah yang semakin meningkat di Kuala Lumpur menyebabkan wujudnya taburan jenis perumahan yang tersendiri dan dapat dikaitkan dengan tahap sosioekonomi penduduk. Perumahan jenis kondominium yang hanya mampu dimiliki golongan berpendapatan tinggi cenderung untuk dibina berdekatan dengan pusat bandar. Manakala, taburan rumah pangsapuri adalah lebih seragam dan rumah teres jauh di pinggir bandar. Kedua-dua jenis perumahan ini kebiasaannya dimiliki oleh golongan pertengahan. Taburan perumahan pangsa yang dibina untuk kelompok berpendapatan rendah juga adalah lebih seragam. Oleh itu, adalah penting untuk pihak berkuasa tempatan mengambil kira harga dan jenis taburan perumahan sebagai panduan sebelum menyediakan kemudahan perkhidmatan yang diperlukan.

 

Kata kunci: Harga rumah; trend; taburan perumahan; jarak dari pusat bandar; taraf sosioekonomi



Abstract

 

The home is a basic necessity that must be owned to ensure the well-being of the people can be enhanced. However, the inconsistency and affordability of housing prices led to many speculations among the population. Generally, it is happened due to the increasing value of land prices, and the distance from the city centre. Therefore, this study will focus on the housing price index and the distribution of housing types that exist around the Kuala Lumpur. Data obtained from the Federal Territory of Property and Property Services Department are used as the main source for identification of housing price index and housing types. To display an image, the Geographic Information System (GIS) will be used to analyze the distribution.  The housing price index is increased consistently including all types of housing are offered. High value of land in Kuala Lumpur has led to the distribution of distinctive housing types and can be attributed to the socioeconomic level of the population. Condominiums that are only affordable for high-income group tend to be built close to the city center. Meanwhile, the distribution of apartment houses is more uniform and the terrace houses is at suburbs area. Both types of housing are usually owned by the middle class communities. Distribution of flat housing built for the lower income group is also uniformly. Therefore, it is important for local authorities to take into consideration the price and type of housing distribution as a guide before providing the necessary service facilities.

 

Keywords: Housing price; trend; distribution of houses; distance from city centre; socioeconomic class


Full Text:

PDF

References


Ahlam Mohammad Jamal Esruq-Labin, Ahmad Rafizi Salleh, Halizah Omar, AdiIrfanche-Ani & Norngainy Mohd Tawil. 2016.

Affordable housing performance assessment: Applying the concept of grow home as one of the measurement criteria. Akademika 86(2): 125-136.

Alonso, W. 1964. Location and land use: Toward a general theory of land rent. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Bank Negara Malaysia. 2012. Laporan kestabilan kewangan dan sistem pembayaran 2012. Bank Negara Malaysia.

Cindy Liew & Nurul Azam, H. 2013. Factors influencing the rise of house price in Klang Valley. International Journal of Research in Engineering and Technology 2(10): 261-272.

Davis, M. A., & Palumbo, M. G. 2008. The price of residential land in large US cities. Journal of Urban Economics 63(1): 352-384.

Eza. 2017. Hartanah: 11 jenis rumah moden yang ada di Malaysia. Majalah Labur. http://www.majalahlabur.com/pelaburan -hartanah/kenali-jenis-jenis-rumah-moden-yang-ada-di-malaysia/. Retrieved on: 4 December 2017.

Fitriyanto, A. (2011). Analisis faktor-faktor yang mempengaruhi nilai tanah di Kecamatan Wedi Kabupaten Klaten. Doctoral dissertation, Universitas Sebelas Maret.

Hamzah, N., Khoiry, M. A., Ali, M. A. M., Zaini, N. S., & Arshad, I. 2011. Faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi harga rumah teres di Bandar Baru Bangi. J. Design Built 4: 1-8.

Haryati Shafii. 2012. Keselesaan terma rumah kediaman dan pengaruhnya terhadap kualiti hidup penduduk. Malaysian Journal of Society and Space 8(4): 28-43.

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), 2017. Indeks harga rumah Malaysia April 2017-Jun 2017. Q2P 2017.

Jabatan Perangkaan Malaysia, 2016. Siaran akhbar: Anggaran penduduk semasa, Malaysia. 2014-2016. Bahagian Korporat & Khidmat Pengguna, Jabatan Perangkaan Malaysia.

Jabatan Perangkaan Malaysia. 2017. Siaran akhbar: Laporan penyiasatan pendapatan isi rumah dan kemudahan asas 2016. Bahagian Korporat & Khidmat Pengguna, Jabatan Perangkaan Malaysia

Junaidi Awang Besa r, Mazlan Ali, Vivien W.C. Yew, Nove l Lyndon & Mohd Nor Shahizan Ali. 2018. Impak sosioekonomi dan politik program perumahan rakyat Lembah Subang, Selangor. Akademika 88(1): 181-192.

Kementerian Kewangan Malaysia. 2017. Kenyataan akhbar: Taklimat pasaran awalan harta tanah 2017. Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

Kulish, M., Richards, A., & Gillitzer, C. 2012. Urban structure and housing prices: Some evidence from Australian cities. Economic Record 88(282): 303-322.

MacDonald, S. 2011. Supply and demand in the Penang housing market: Assessing affordability. Penang Institute Research Paper. https://penanginstitute.org/wp-content/uploads/jml/files/research_ papers/Housing_market_trends_and_affordability.pdf. Retrieved on: 4 December 2017.

Masni Salleh, Nurwati Badarulzaman &Abdul Ghani Salleh. 2013. Pembandaran dan tren perubahan guna tanah di luar bandar: Kajian kes Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Mills ES. 1967. An aggregative model of resource allocation in a metropolitan area. The American Economic Review, Papers and Proceedings 57(2): 197-210.

Muth, R. F. 1969. Cities and housing: The spatial pattern of urban residential land use. Third Series: Studies in Business and Society, University of Chicago Press, Chicago.

Nooriah Yusof & Zakiyah Jamaluddin. 2018. Kos perbelanjaan perumahan dalam kalangan penduduk kawasan perumahan kos rendah dan sederhana di Pulau Pinang. Akademika 88(1): 167-179.

Salfarina, A.G., Nor Malina, M., & Azrina, H. 2011. Trends, problems and needs of urban housing in Malaysia. International Journal of Social, Education, Economics and Management Engineering 5(2): 227-231.

Shadiya Baqutaya, Aini Suzana Ariffin & Fauziah Raji. 2015. Affordable housing policy: Issues and challenges among middle-income groups. International Journal of Social Science and Humanity, (6): 443-436.

Shahabudin Amerudin. 2016. Peta-peta di Malaysia. https://people.utm.my/shahabuddin/?p=2857. Retrieved on: 5 April 2019.

Wheaton WC. 1974. A comparative static analysis of urban spatial structure. Journal of Economic Theory 9(2): 223-237.

Zainal Abidin Hashim. 2010. House Price and affordability in housing in Malaysia. Akademika 78: 37-46.

Zainal Abidin Hashim. 2000. Pembandaran dan kenaikan nilai harta tanah di Malaysia. Akademika 56(1): 27-46.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694