Pengurusan Sistem Maklumat Pendidikan: Implikasi Pengautomasian ke Atas Pengajaran dan Kebolehgunaan Data (Education Information System Management: Implication of Automatism on Teaching and Usability of Data)

Zawiyah Mohamad Yusof (Universiti Kebangsaan Malaysia, zmy@ukm.my), Mariah Lambak (Universiti Kebangsaan Malaysia)

Abstract


This study seeks to identify problems face by teachers responsible in managing automated information system supplied by the Ministry of Education known as Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan Kementerian Pelajaran (SMPP-KP). Is it true that managing the automated education information system has assert pressure in the form of additional work load which in turn affects the quality of teaching of those teachers. Time constraint (a conflict between fulfilling the need of teaching as their main task and managing the information system) has also contributed problem to teachers from giving attention to the reliability of data particularly its accuracy and validity. This resulted in discouraging the sharing of data stored in SMPP-KP. This low level of data sharing is also partly due to the fact that teachers do not have the competency in using computer, manipulating data and handling the system. The study emphasises on 5 SMPP- KPs currently in used at schools. Survey method using questionnaire was adopted. The study was carried out in 2005 involving 31 schools in Melaka Tengah with 138 SMPP-KP managing teachers taken into account. Findings shows that SMPP- KP teachers experienced a high level of work overload which leave negative effect on teaching though at only minimum level. It is the limited time that the teachers have to check on the data and the difficulty to acquire reliable data from the source that has contributed to the problem of data inaccuracy and validity. As a result, optimum data sharing has not taken place. It is also discovered that the level of competency of SMPP-KP teachery is only minimal despite courses being given from time to time. These teachers claimed that the courses they attended are of little help in improving their competency because the handling of SMPP-KP require more than the basic skill for using the computer. It needs the skill of manipulating the data and the database.

Keywords: Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan, automated, education information system.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenal pasti masalah yang membelenggu guru yang dipertanggunjawabkan mengurus pengautomasian pengurusan sistem maklumat pendidikan yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan Kementerian Pelajaran (SMPP-KP). Apakah benar pengurusan sistem maklumat berkomputer memberi tekanan kepada guru dalam bentuk tambahan beban tugas sekaligus menjejaskan kualiti pengajaran guru yang terbabit?. Kekangan masa di antara memenuhi tuntutan tugas hakiki (mengajar) dan mengurus sistem maklumat menyebabkan guru kurang memberi perhatian terhadap integriti data dari aspek ketepatan dan kesahihan yang seterusnya memberi kesan ke atas guna sama data. Tahap guna sama data pula dipengaruhi oleh kemahiran guru dalam menggunakan komputer, memanipulasi data dan mengendalikan sistem. Sebanyak lima SMPP-KP yang digunapakai oleh sekolah dikaji. Kaedah tinjauan menggunakan teknik soal selidik digunakan. Kajian yang dilakukan pada tahun 2005 melibatkan 31 buah sekolah kawasan Melaka Tengah dengan membabitkan 138 orang guru yang menguruskan SMPP-KP. Penemuan menunjukkan guru SMPP-KP mengalami beban tugas pada tahap yang tinggi sekaligus memberi kesan negatif ke atas pengajaran meskipun hanya pada paras yang rendah. Ketidaktepatan dan ketidaksahihan data pula adalah disebabkan kekangan masa untuk menyemak data selain daripada kesukaran mendapatkan data yang tepat dan sahih daripada sumber. Guna sama data dalam SMPP-KP juga adalah pada tahap yang rendah ekoran masalah integriti. Guru yang mengendalikan SMPP-KP juga hanya memiliki kemahiran menggunakan komputer pada tahap yang sederhana. Guru berpendapat kursus yang diberi kurang membantu meningkatkan kecekapan kerana pengendalian SMPP-KP memerlukan lebih daripada hanya kemahiran asas menggunakan komputer, sebaliknya mementingkan aspek manipulasi data dan pengendalian pangkalan data.

Kata kunci: Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan, pengautomasian, sistem maklumat berkomputer.


Full Text:

PDF

References


Abdullah Omar. 2000. Data Warehousing. Prosiding Mesyuarat/Bengkel ISCED Projek UNESCO/OECD dalam pembinaan indikator pendidikan dunia (WEI). hlm 50-55.

Abdullah Omar & Azmi Din. 1997. Pemutusan Dasar Berdata Melalui EMIS (Policy Briefs). Kertas kerja Seminar Pemantapan Pelaksanaan Sistem Data Pengurusan Pendidikan SMPP/EMIS. Institut Aminuddin Baki, Genting Highland, 18-20 November.

Ahmad Rashidi Omar. 1992. Kajian Penggunaan Komputer di Kalangan Guru-guru Sekolah di Negeri Johor. Tesis Sarjana Sains. Universiti Teknologi Malaysia, Johor.

Azmi Zakariah. 2004. Pengurusan Berkesan Institut Pendidikan Melalui Perkembangan Sains dan Teknologi Terkini. Kertas kerja Konvensyen Kepimpinan Sains, Teknologi dari Perspektif Islam Peringkat Negeri Melaka. Pusat Sumber Pendidikan Negeri Melaka, Melaka, 6 Oktober.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1997. Smart School Flagship Application: Concept Request for Proposal, The Malaysian Smart School Management System.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001a. Pembangunan Pendidikan 2001-2010: Perancangan Bersepadu Penjana Kecermelangan Pendidikan.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001b. Laporan Pemantauan Pelaksanaan Projek Rintis Sekolah Bestari. Dlm. Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Mohd. Majid Konting. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Najib Ghafar. 1998. Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Rashid Mohamad. 1987. Admisnistrative Use of Microcomputer in West Malaysian 2nd Technical and Vocational schools. Disertasi Sarjana. Iowa State University, Iowa. [tidak terbit].

Rohana Yusof. 2003. Penyelidikan Sains Sosial. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors.

Selltiz, G., Wrightsman, L. & Cook, S. 1979. Research Methods in Social Relations. (3rd ed.) New York: Holt, Rinehart & Winston.

Shafie Mohd Daud. 1990. Pengaruh Kesan Diri dan Pentadbiran Sekolah terhadap Penggunaan Media Teknologi. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia [tidak terbit].

Suriani Samakon. 2002. Hubungan antara Latihan Komputer dengan Peningkatan Profesion Perguruan. Satu tinjauan di Kalangan Guru di Daerah Kluang, Johor. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. [tidak terbit].

Tee, Seong Beng. 2000. Kepengetuaan Abad ke-21: Cabaran, Nilai dan Harapan. Kertas kerja seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-9. Institut Aminuddin Baki, Genting Highland, hlm 9-15.

Zaidatun Tasir & Mohd. Salleh Abu. 1991. Analisis Data Berkomputer. Kuala Lumpur: Venton Publishing.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694