Meneroka Perspektif Islam Berhubung dengan Penahanan Reman dan Hala Tuju Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah di Malaysia
Abstract
Undang-undang jenayah Syariah yang bersumberkan daripada prinsip Islam bertujuan memastikan keadilan dan kesaksamaan dalam proses perundangan. Namun, ketiadaan peruntukan berkaitan penahanan reman bagi siasatan kesalahan jenayah syariah di Malaysia, menimbulkan cabaran yang signifikan dalam pentadbiran keadilan. Walaupun undang-undang Islam menekankan prinsip keadilan dan kesaksamaan (‘adl), ketiadaan peruntukan undang-undang yang jelas berhubung dengan penahanan reman merumitkan proses siasatan, khususnya dalam kes-kes serius atau kompleks yang memerlukan lanjutan tempoh tahanan bagi mengumpul bukti yang mencukupi. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji asas jurispruden Islam berkaitan penahanan reman dengan menganalisis al-Quran, al-Sunnah, teks-teks klasik dan kontemporari berhubung dengan penahanan pesalah. Kajian ini juga menganalisis isu-isu yang timbul daripada ketiadaan peruntukan penahanan reman dalam kes jenayah Syariah di Malaysia. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk mencadangkan penambahbaikan undang-undang berkaitan dengan penahanan reman. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mendapatkan data melalui sumber primer dan sekunder. Data tersebut dianalisis menerusi kaedah analisis kandungan dan deduktif. Hasil kajian mendapati bahawa Islam membenarkan penahanan reman dengan menggariskan syarat dan garis panduan yang harus dipatuhi. Oleh itu, ketiadaan peruntukan jelas berkaitan penahanan reman dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah di Malaysia menyebabkan kesukaran kepada pegawai penguatkuasa khususnya dalam kes jenayah yang sukar dan kompleks. Kajian ini mengesyorkan agar peruntukan penahanan reman dimasukkan ke dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah di setiap negeri, bagi memperkasakan sistem perundangan syariah di Malaysia.
Full Text:
PDFReferences
Abd Rahim, F. S., Yusof, W., & Ismail, N. 2018. Justifikasi Keperluan Penahanan Reman Menurut Perundangan Islam dan Sivil. Jurnal Fiqh, 15(1), 87-116.
Abdul Hamid, I. 1998. Domanat al-Muttaham. Algeria: Dar Al-Muhammadiyyah Al-Amah.
Abdul Kahar Ahmad & Ors v. Jabatan Agama Islam Selangor & Ors [2022] 10 CLJ.
Abi 'Iyyad, 'I.M. 1998. Ikmal al-Mu'allim Bi Fawaid Muslim. Mesir: Dar al-Fawa'.
Abu al-Walid, A.B. 1999. Al-Muntaqa Syarh Al-Muwatta Imam Malik. Lebanon: Dar al-Kutub 'Ilmiyyah.
Abu Daud, S. 1993. Sunan Abi Daud. Kaherah: Matba'ah Al-Tazi.
Ahmad Ibn Hanbal. 1999. Musnad Ahmad Ibn Hanbal. Beirut: Dar al-Hikmah, Beirut.
Akmaluddin, A. 1970. Al-‘Inayah Syarh al-Hidayah. Mesir: Maktabah Mustafa al-Babi al-Halabi.
Akta Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593).
Al-Baihaqi, A.-B. A. 2003. Al-Sunan Al-Kubra. Beirut: Dar Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Al-Baji, A.-B. 1999. Al-Muntaqa Syarh Al-Muwatta. Lebanon: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Al-Buhuti, M. 2000. Syarh Muntafa al-Iradat. Beirut: Muassasah al-Risalah.
Al-Bukhari, A. A. M. 1997. Sahih Al-Bukhari ma’ Hashiyat Al-Sindi. Beirut: Maktabah Al-‘Asriyyah.
Al-Fayyumi, A. M. 1977. Misbah Al-Munir. Kaherah: Dar Al-Ma’arif.
Al-Hakim. 1968. Al-Mustadrak Ala Al-Sahihain. Beirut: Dar Al-Fikr.
Al-Kasani, A. A. A. B. 1986. Bada’i Al-Sana’i. Lebanon: Dar Kutub ‘Ilmiyyah.
Al-Khasaf, H. O. 1977. Syarh Adab al-Qadi. Baghdad: Dar al-‘Arabiyyah.
Al-Maraghi, A. M. 1974. Tafsir al-Maraghi. Beirut: Dar al-Fikr.
Al-Marghinani, B. 2019. Al-Hidayah Syarh Bidayah. Medina: Dar Al-Siraj.
Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah. 1993. Kuwait: Wizarah Al-Aqwqaf wa Al-Syu’un Al-Islamiyyah.
Al-Mawardi, A. A. 2000. Al-Ahkam Al-Sultaniyah. Kaherah: Mutafa al-Babi al-Halabi.
Al-Muhaqqiq al-Hilli. 1970. Syaraei’ al-Islam fi Masail Al-Halal wa Al-Haram. Iran: Muassasah Imam a-Khoei.
Al-Nawawi, A. Z. M. Y. I. S. 1955. Sahih Muslim bi Sharh Al-Nawawi. Beirut: Dar Ihya’ Al-Kutub Al-‘Arabiyyah.
Al-Qarafi. 1928. Al-Faroq. Mesir: Matba’ah Isa Al-Halbi.
Al-Sarkhasi, M. I. A. A. S. A. B. 1989. Al-Mabsut. Beirut: Dar Al-Ma’rifah.
Al-Shafie, M. I. 1994. Musnad al-Shafi'i. Beirut: Dar al-Hidayah.
Al-Suyuti, J. 1998. Al-Asybah wa Al-Nazair. Beirut: Dar Al-Kutub Al- ‘Ilmiyyah
Al-Tarabulsi, A. H. A. H. K. 2018. Mu’in Al-Hukkam Fi-Ma Yataraddadu Bayna Al-Khasmayn Min Al-Ahkam. Damascus: Dar al-Qalam.
Al-Tusuli, A. H. 1998. Al-Bahjah fi Sayrh Al-Tuhfah. Beirut: Dar Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Al-Zilaei, U. A. 2010. Tabyin al-Haqa’iq. Mesir: Matba’ah al-Amiriyyah Al-Kubra.
Andrade, J., Neto de Sousa, M. F., Gonçalves, R. A., & Castro-Rodigues, A. 2022. Remand Prisoners’ Specific Needs: A Systematic Review. Journal of Police and Criminal Psychology. 38, 942–955.
Arunagiri, S., Rajamanickam, R., Samsudin, I. S., & Zahir, M. Z. M. 2022. Legal issues related to remand in Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(10), 1-17. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i11.1984
Ashford, M., Branston, G., & Redhouse, N. 2024. Remand to Youth Detention Accommodation. United Kingdom: Oxford University Press.
Bahnasi, A. F. 1983. 'Uqubah fi Islam. Kaherah: Dar Al-Syuruk.
Čentéš, J., & Beleš, A. 2024. Preventive Detention on Remand in Pre-Trial Proceedings from the Point of View of Theory and Practice. Bratislava Law Review, 8(2), 93–110. https://doi.org/10.46282/blr.2024.8.2.882
Datuk Seri Khalid Abu Bakar & Ors v N. Indra Nallathamby & Anor [2014] 9 CLJ 15.
Deepan Mahajan v Director of Enforcement (1991) Cr LJ 1124.
Firuzabadi, 1989, 1993. Kamus al-Muhit. Mesir: Maktabah Al-Tijariyyah.
Ghalib, A. K. 2008. Awliyat al-Faruq Fi al-Idarah wa al-Qada’. Mesir: Dar al-Wafa’.
Hassan Marsom & Ors v Mohd Hady Ya’akop [2018] 7 CLJ 403.
Ibn ‘Abidin, M. A. 1996. Hasyiah Ibn ‘Abidin. Kaherah: Matba’ah Mustafa al-Halabi.
Ibn Abi Syaibah, A. B. A. A. 1983. Al-Mussannaf Ibn Abi Syaibah. Lebanon: Tauzi’ al-Maktab al-Islami.
Ibn Al-Humam, K. D. M. 1970. Fath al-Qadir. Mesir: Mustafa Al-Babi Al-Halabi.
Ibn Arabi, A. B. M. 2003. Ahkam al-Quran. Beirut: Dar Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Ibn Farhun, I. A. 1958. Tabsirah Al-Hukkam. Kaherah: Matba’ah Mustafa al-Halabi.
Ibn Hazm, A. M. ʿA. A. 1931. Al-Muhalla. Mesir: Matba’ah Al-Muniriyyah.
Ibn Kathir, A. F. 'I. A.D. 2002. Tafsir al-Quran al-‘Azim. Kaherah: Dar Al-Hadis.
Ibn Qayyim al-Jawziyyah, M. A. B. 1989. Al-Turuq Al-Hukmiyyah. Damascus: Maktabah Dar Al-Bayan.
Ibn Qayyim al-Jawziyyah, M. A. B.1993. Ilam al-Muwaqi'in. Dar al-Hadis, Kaherah.
Ibn Taimiyyah, T. A. A. 2004. Majmuk’ Fatawa Ibn Taimiyyah. Saudi Arabia: Tab’ah al-Mushaf al-Syarif.
Ibnu Muflih, S. A. D. A. 2004. Al-Furu’. Jordan: Dar Afkar Dauliyyah.
Ibrahim, M., & Sanadi,F.H. 2024. Liberal Muslim Interpretation of Islamic Shari’a: An Analysis. Akademika, 94(1), 14-25.
Imam Sahnun, A.A. 1994. Al-Mudawaanah Al-Kubra. Lebanon: Dar al-Kutub ‘Ilmiyyah.
Ismail, I., & Haji Hassan, A.M. 2021. Pemikiran Sisters in Islam dan Hak Asasi Manusia. Akademika, 91(1), 151-164.
King, S., Bamford, D., & Sarre, R. 2008. The remand strategy: Assessing outcomes. Current Issues in Criminal Justice, 19(3), 327-344.
Lönnqvist, E. 2024. The politics of pretrial detention: Mapping the development of Swedish remand policy. Punishment &Society, 1-22.
Mohd Noor, A.Y., & Mohd Mokhtar, A. 2021. Sains Tauhidik: Kolaborasi Ilmu antara Al-Qur’an dan Sains Moden. Akademika, 91(2), 167-176.
Mohd Sabirin, N.A., Mohd Shariff , A.Z., & Yahya, M.A. 2024. Penggubalan Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia: Analisis ke atas Kekaburan Bidang kuasa Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Akademika, 94(2), 346-360.
Nizam, A. 1998. Al-Fatawa Al-Hindiyyah. Beirut: Dar Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Rahim, F. S. A., Yusof, W., & Ismail, N. 2018. Justification of the need for remand detention according to Islamic and civil jurisprudence. Journal of Fiqh, No. 15, 87-116.
Sa'eedy, A. 2011. Different cases of imprisonment in Islam. Journal of Faculty of Law and Political Science (FALL), 41(3), 185-199.
Saifuddin, S., Mohd Shariff, A.A., Md Said, M.H., Rajamanickam, R., & Tg. Zainudin, T.N.A. 2020. Pemakaian Beban dan Darjah Pembuktian dalam Kes Jenayah Syariah di Malaysia: Suatu Analisis. Akademika, 90(1), 87-98
Saifuddin, S., Tajuddin, H. H. A., Yahya, M. A., Rahman, M. R. A., & Hashim, F. Y. 2024. Examining The Application of Standard of Proof in Criminal Cases: A Comparative Analysis of Islamic Law And Common Law In Malaysia. Malaysian Journal Syariah and Law, 12(1), 11-22. https://doi.org/10.33102/mjsl.vol12no1.491
Sakowicz, A. 2022. The Impact of The Case Law of The Constitutional Tribunal on The Standard of Detention on Remand in Poland. Revista Brasileira de Direito Processual Penal, 8(1), 47-84.
Shariff, A. A. 2012. Prosedur Siasatan dan Pendakwaan Jenayah Syariah: Lakuna Dalam Peruntukan Undang-Undang Jenayah Syariah Di Malaysia. (Tesis PhD). Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sirrhu, I. S., Samsudin, R., Rajamanickam, R., & Nordin, R. 2022. Roles of Human Rights Bodies on Chain Remand Complaints in Malaysia. Cogent Social Sciences, 8(1), 1-18. https://doi.org/10.1080/23311886.2022.2095079
Yusof, W. 2024. A Pre-Trial Standard Operation Procedure for Children in Conflict With Shariah Criminal Law in Malaysia. Samarah: Jurnal Hukum Keluarga dan Hukum Islam, 8(1), 126-143. https://doi.org/10.22373/sjhk.v8i1.16097
Zaid, F. 1937. Hujiah al-Qarain fi Qanun Wa Shariah. Mesir: Al-Azhar.
Zainudin, T. N. A. T., Zahir, M. Z. M., Shariff, A. A. M., Rajamanickam, R., Chin, O. T., Rahman, Z. A., Nor, N. H. M., Sulaiman, S., Bidin, A., Musa, M. K., & Salleh, K. 2021. Legal Exploration of Right to Health. Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities (JSSH), 29(2), 221-232. https://doi.org/10.47836/pjssh.29.s2.15
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN: 0126-5008
eISSN: 0126-8694