Perspektif Mahasiswa Terhadap Prestasi Pentadbiran Kerajaan Negeri Di Bawah Pemerintahan Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Abstract
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendapat kepercayaan rakyat untuk mentadbir negeri Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis dalam Pilihan Raya (PRU) ke-15 menerusi gabungan dalam Perikatan Nasional (PN). Kejayaan ini membawa pelbagai persepsi terhadap keupayaan PAS untuk mentadbir sesebuah negeri. Oleh itu, artikel ini bertujuan menganalisis pandangan golongan mahasiswa terhadap prestasi pentadbiran kerajaan negeri di bawah pemerintahan PAS. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif melalui pendekatan kajian kes dengan memberi tumpuan terhadap PAS. Data diperoleh daripada perbincangan kumpulan fokus melibatkan informan daripada kumpulan mahasiswa. Analisis data dilakukan secara deskriptif bertema dengan menggunakan perisian Atlas.ti 24. Hasil kajian menunjukkan isu utama yang diketengahkan oleh mahasiswa terhadap pentadbiran negeri di bawah PAS melibatkan reputasi pentadbiran kerajaan negeri yang berdaya saing di Kedah dan Terengganu, namun terkebelakang di Kelantan. Pentadbiran PAS dianggap telah mengurangkan pendapatan ekonomi dan menyekat kebebasan sosial menerusi dasar-dasar yang dilaksanakan melibatkan pengharaman arak, judi dan penutupan panggung wayang. PAS juga dianggap tidak relevan mentadbir negeri yang memiliki komposisi rakyat beragama Islam dan bukan Islam yang seimbang kerana masih tidak mampu mengharmonikan antara prinsip pentadbiran Islam dan sensitiviti masyarakat bukan Islam. Implikasi kajian ini adalah PAS perlu berusaha menanggani isu-isu yang berlaku menggunakan pendekatan yang inklusif, meningkatkan keupayaan dalam pentadbiran dan memperkasakan strategi penerangan dengan lebih konkrit bagi mempromosikan keupayaan mereka mentadbir sesebuah negeri justeru dapat memenangi hati para pengundi.
Full Text:
PDFReferences
Ahmad Hidayah & Che Rohaizan. 2017. Persepsi Dan Penerimaan Mahasiswa Terhadap Fatwa Negeri Selangor. Journal of Fatwa Management and Research, 9: 129-147. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol9no1.44
Azmil Tayed. 2022. Explaining PAS’s Dominance In Kelantan. Singapore: ISEAS – Yusof Ishak Institute.
Abd Hadi. 2023. Premis judi: 'Kalau dapat RM400 juta sekalipun, saya akan tutup juga' - Sanusi. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/premis-judi-kalau-dapat-rm400-juta-sekalipun-saya-akan-tutup-juga-sanusi-400227 (akses pada 27 Mac 2025).
Adila Sharini. 2023. Wanita bukan Islam berpakaian tidak sopan dikompaun. https://www.sinarharian.com.my/article/265420/edisi/kelantan/wanita-bukan-islam-berpakaian-tidak-sopan-dikompaun (akses pada 26 Mac 2025).
Afiezy Azaman. 2024. Perlis tutup premis judi terakhir. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perlis-tutup-premis-judi-terakhir-461384 (akses pada 26 Mac 2025).
Aswany Omar. 2024. Kelantan perhalusi syarat sedia ada buka pawagam https://www.sinarharian.com.my/article/694398/edisi/kelantan/kelantan-perhalusi-syarat-sedia-ada-buka-pawagam#google_vignette (akses pada 26 Mac 2025)
Braun, V.& Clarke, V. 2006. Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research in Psychology, 3 (2): 77-101. https://doi.org/10.1191/1478088706qp063oa
Dewan Undangan Negeri Kelantan. 1998. Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempa Hiburan pada tahun 1998.
Farah Farhana & Junaidi Awang Besar. 2021. Perubahan Politik Negeri Terengganu: Kajian Kes di Kawasan DUN Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Jurnal Wacana Sarjana, 5(2): 1-16.
Fahmy A Rosli. 2023. PAS tak haram arak di Langkawi. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/07/1125429/pas-tak-haram-arak-di- langkawi (akses pada 26 Mac 2025).
Farah. 2023. Tidak Perbaharui Lesen Judi, Bukan Keputusan Drastik. https://www.upda.my/2023/01/tidak-perbaharui-lesen-judi-bukan.html (akses pada 26 Mac 2025).
Farah. 2024. Kedah Sumbang RM45.8 Bilion Dalam Pelaburan Negara. https://www.upda.my/2025/02/kedah-sumbang-rm458-bilion-dalam.html (akses pada 25 Mac 2025)
Hazwani Faisal. 2023. Kadar cukai 'dosa' mungkin dinaikkan. https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2023/01/1046984/kadar-cukai-dosa- mungkin-dinaikkan (akses pada 26 Mac 2025).
Ilyas Abdullah. 2022. Politik Pembangunan Di Terengganu (1999-2013). Journal of Administrative Science, 19(1):340-352.
Izani Husin. 2024. Masalah air di Kelantan selesai menjelang 2028. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/masalah-air-di-kelantan-selesai- menjelang-2028-497692 (akses pada 25 Mac 2025).
Junaidi Awang, Nur Ellyanis & Muhammad Hazim. 2020. Prestasi Dan Penerimaan Pengundi Terhadap Parti Islam Semalaysia (PAS) Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 Di Wilayah Pantai Barat Semenanjung Malaysia. e-Bangi: Jurnal of Social Sciences and Humanities, 17(4): 60-77.
Latifah Abdul Majib & Abdul Muein Abadi. 2025. Dinamika Kebangkitan dan Kejatuhan Kerajaan Pimpinan Parti Politik Islam Dunia. Cyberjaya: The Future Research.
Movendi International. 2016. Malaysia: Alcohol Tax Set To Increase. https://movendi.ngo/news/2016/03/03/malaysia-alcohol-tax-set-to-increase/ (akses pada 25 Mac 2025).
Muhamad Nadzri Mohamed Noor. 2020. Pilihan Raya dan Politik Malaysia Pasca PRU 2018: Persaingan, Dinamik dan Implikasi. Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 47(1): 150-175.
Muhammad Faisal, Nor Syuhada & Zulkefli Aini. 2020. Hubungan PAS dengan Non-Muslim dalam Persaingan Politik di Malaysia 1951-2020. Al-Hikmah, 12(2): 93-114.
Mohd Fadli. 2020. PAS paling banyak buat kerjasama politik https://harakahdaily.net/index.php/2020/08/24/pas-paling-banyak-buat-kerjasama-politik/ (akses pada 25 Februari 2025).
Muhamad Helmy, Amalin Sabiha & Khairul Azman. 2020. Dasar Islamisasi Politik UMNO-PAS Di Malaysia. Dalm. Matlamat tidak menghalalkan cara: Integriti, hlm. 48-61. Parit Raja: Penerbit UTHM.
Muhammad Hanif & Amnah Saayah. 2022. Ketokohan Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dalam mentadbir negeri Kelantan. Kertas kerja 14th International Conference on Humanities and Social Sciences. Anjuran Persidangan antarabangsa kemanusiaan dan sains sosial (ICHiSS), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, 19-20 Mei.
Mujahidul Amin. 2022. Negara Islam gagasan PAS berdasarkan Dokumen Negara Islam 2003: Satu penelitian. Tesis Sarjana, Universiti Malaysia Pahang.
Mazli Mamat et al. 2023. Budaya Politik dalam Kalangan Pengundi Luar Kelantan di Lembah Klang Pasca PRU ke-14. Akademika, 93(3): 53-67 https://doi.org/10.17576/akad- 2023-9303-05
Muhamad Helmy et al. 2024. Impak Kerjasama Politik Terhadap Pencapaian Parti Islam Se- Malaysia (PAS) di Negeri Johor: 2008-2018. Journal of Techno-Social, 16(2): 58- 67. https://doi.org/10.30880/jts.2024.16.02.006
Musaiyadah Ahmadun & Siti Arni Basir. 2024. Cabaran Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah Di Pusat Kutipan Zakat Pahang: Satu Kajian Kes. Global Journal Al-Thaqafah, 95–107. https://doi.org/10.7187/GJATSI062022-10
MySPR Semak. 2025. Semakan keputusan Pilihan Raya. https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/keputusan/pru (akses pada 24 Mac 2025).
MyExcise (2025). Pengenalan Minuman Keras. https://myexcise.customs.gov.my/myexcise/services/minuman-keras/ (akses pada 25 Mac 2025).
Norhayati. 2008. Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12): “Tsunami” Politik Melayu? Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 35:49-64.
Nor Fazlina .2019. Tiga dekad tiada pawagam di Kelantan https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/04/548659/tiga-dekad-tiada-pawagam- di-kelantan (akses pada 26 Mac 2025).
Nor Nazlina. 2021. Perlis digesa ikut jejak Kedah haramkan kedai nombor ekor, arak. https://www.utusan.com.my/terkini/2021/12/perlis-digesa-ikut-jejak-kedah-haramkan-kedai-nombor-ekor-arak/ (akses pada 27 Mac 2025).
Nik Suhaida. 2023. Pendekatan Dakwah Melalui Undang-Undang:Pengalaman Negeri Kelantan Dalam Pemerkasaan Kawalan Penjualan Arak (Liquor). Journal of Islamic Social Sciences and Humanities, 29: 84-107. https://doi.org/10.33102/abqari.vol29no1.535
Nischal Ranjinth & Alissa Marianne 2024. Malaysia’s Open Budget Index 2024. Kuala Lumpur: IDEAS Policy Research Berhad.
Rashidi et al.. 2014. Pelaksanaan Analisis Kandungan Sebagai Metodologi Kajian bagi Mengenalpasti Kriteria Pembinaan Lestari. Journal of Advanced Research Design, 1(1): 18-27.
Siti Ruzana et al.. 2020. Perkembangan Gerakan Islam - PAS di Kelantan 1957-2000. E-Bangi: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17(4): 40-59.
Siti Aisyah et al.. 2022. Peranan Parti Politik Dalam Membina Kesejahteraan Masyarakat- Satu Kajian Literatur. International Journal Of Law, Government And Communication (IJLGC), 7(29): 477-491.
Sri Murniati, Alissa Marianne & Muhammad Arieff. 2022. Key Findings Of Malaysia’s Open Budget Index: Myobi 2022. Kuala Lumpur: IDEAS Policy Research Berhad.
Saiyid Radzuwan. 2021. Pakatan Harapan dan Senario Politik Kelantan: Analisis Pengajaran Politik Pasca PRU 14 (2018-2020). E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 8(1): 25-5. https://doi.org/10.53840/ejpi.v8i1
Saiyid Radzuwan. 2022. PAS Dan Transformasi Politik: Kesesuaian Sebagai Pembangkang Atau Pemerintah. Asian People Journal 2022, 5(1), 129-143. https://doi.org/10.37231/apj.2022.5.1.314
Sahanah Kathirvelu & Mohamad Rizal. 2024. Analisa terhadap undang-undang perjudian dalam talian di Malaysia. UUM Journal of Legal Studies, 15(1), 329-360. https://doi.org/10.32890/uumjls2024.15.1.14
TRDI. 2023. Pelaksanaan Manifesto Terengganu (PRU14). https://www.trdi.my/post/kat/13/Magazine/# (akses pada 24 Mac 2025)
Zaireeni Azm. 2020. PAS: Permuafakatan politik sebagai tapak integrasi dan peranan wanita. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 47(3): 428-462.
Zulsyazrina Jusoh & Junaidi Awang. 2023. Gelagat Pengundi Dalam Pilihan Raya Negeri Di Kawasan DUN ApamPutra, Rantau Panjang, Kelantan. Jurnal Wacana Sarjana, 8(5): 1-15.
Refbacks
- There are currently no refbacks.