Pencairan Varian Pesisir Pantai Kelantan-Terengganu Berasaskan Variasi Leksikal Kesangatan Kata Adjektif

Shahidi A.H., Nurul Shuhada Shafie, Fateen Nabilla Rasli, Md. Shafiin Shukor

Abstract


Makalah ini bertujuan memerihalkan fenomena pencairan dialek berdasarkan penggunaan variasi kata penguat atau kata kesangatan dalam frasa adjektif yang dituturkan di pesisiran pantai Kelantan dan Terengganu. Kajian ini dikendali secara deskriptif dengan memanfaatkan kaedah kualitatif dengan menebarkan variasi leksikal adjektif kesangatan /saŋat hiʤaw/ yang dituturkan di sepanjang persisiran pantai Kelantan hingga ke Terengganu. Sebanyak 30 buah kampung di pesisir pantai Kelantan dan Terengganu menjadi skop kawasan penelitian kajian. Hasilnya, terdapat sembilan varian data leksikal kesangatan yang dikenalpasti melalui proses penganalisisan berdasarkan carta abjad fonetik antarabangsa seterusnya dipetakan dengan berbantukan perisian Sistem Maklumat Geografi (GIS). Kajian ini mendapati bahawa jelas terdapat pencairan dialek dalam lingkungan kawasan pesisiran pantai Besut dan Kemaman. Faktor pencairan yang dikenal pasti antara lainnya ialah mobiliti penutur, perkahwinan dan sektor ekonomi. Penyebaran variasi leksikal kesangatan ini cukup membuktikan bahawa dialek pesisiran pantai di kawasan Kelantan-Terengganu cenderung mencair hasil dari perkembangan sosial mengikut peredaran masa. Di samping membuktikan fenomena pencairan, kajian ini juga berusaha untuk memerihalkan data leksikal melangkaui persempadanan negeri dalam lingkungan kawasan persisiran pantai timur semenanjung Malaysia dengan memanfaatkan perisisan GIS. Hal ini berbeza dengan kajian terdahulu yang hanya memanfaatkan data leksikal secara berkelompok mengikut negeri. Selain menyajikan buah pandangan baharu terhadap leksikal kesangatan, kajian ini diharapkan menjadi satu nilai tambah kepada kajian dialektologi khususnya dialektologi geografi.

Full Text:

PDF

References


Ajid Che Kob. 1985. Dialek Geografi Pasir Mas. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Asmah Haji Omar. 2015. Susur Galur Bahasa Melayu. Edisi kedua. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Eileen Sim Siew Wah & Radiah Yusoff & Solakhiah Januri. Kajian korpus frasa adverba cara Bahasa Melayu. 2019. Linguistik Bahasa dan Pendidikan. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Pulau Pinang, Malaysia. 21-25.

Farrah Wahida Mustafar. 2022. Penyebaran Islam Dalam Ketamadunan Melayu: Satu Tinjauan Awal Ke Atas Masyarakat Melayu Di Kelantan. JTuah 2:1. 18-33.

Jakobs, Marlena & Hüning, Matthias. 2022. Scholars and their metaphors: on Language Making in linguistics. International Journal of the Sociology of Language. 29–50. 10.1515/ijsl-2021-0017.

Khairul Ashraaf Saari, Harishon Radzi, Nor Hashimah Jalaluddin, Junaini Kasdan & Fazal Mohamed Mohamed Sultan. 2019. Sebaran Leksikal 'Ular' Di Negeri Johor Berdasarkan Pengaplikasian Sistem Maklumat Geografi (Gis). Bab dalam buku Linguistik Kontemporari. Penerbit UTHM. 1: 9. 106-147.

Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin & Norhayati Hamzah. 2018. Perkembangan Islam di Kelantan: analisis terhadap manuskrip sejarah negeri Kelantan. Jurnal al-Tamaddun.13:2, 133-147.

Muhammad Danial Aiman Azmi, and Siti Noraini Hamzah, (2024) Variasi kata ganti nama dalam dialek Melayu di Kelantan Selatan: analisis GIS. Jurnal Wacana Sarjana. 8:3. 1-15.

Nasrun Alias & Rusydiah A. Salam. 2019. Kata Darjah dan Kata Penguat dalam Dialek Kelantan. Akademika. 89(Isu Khas). 93-107.

Nik Safiah Karim et al. 2011. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hafizah Razali & Normaliza Abd Rahim. 2016. Kata Adjektif dalam ujaran Masyarakat Banjar. Journal Ilmi. 6. 1-10.

Nor Hafizah Razali & Normaliza Abd Rahim. (2023). Kata adjektif dalam dialek Melayu Kedah: Satu pemerian awal. Jurnal Melayu. Isu Khas. 14–32.

Nor Hashimah Jalaludin. 2018. Dialek Melayu di Perak: Analisis Geolinguistik. International Journal of the Malay World and Civilisation. 6:2. 69 – 82.

Nor Hashimah Jalaluddin & Wan Athirah Adilah Wan Halim. 2021. Kata ganti nama dialek Melayu Terengganu: Analisis Geolinguistik. Jurnal Bahasa. 21:1. 68-88.

Norliza Jamaludin. 2018. Teori Sintaksis Bahasa Melayu: Penelitian Sintagmatik Sebagai Penentu Golongan Kata Sifat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Nur Sufiah Azmi & Maslida Yusof. 2020. Kata “kesangatan” dalam frasa adjektif dialek Terengganu. Jurnal Melayu. 19 :1.124-148.

Nurul Shuhada Shafie, Shahidi A. H., Rahim Aman & Muhammad Norsyafiq Zaidi.(2023). Dialektologi bandingan varian Hulu Terengganu: Satu analisis tinjauan literatur sistematik. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 19 (2). 217–233

Shahidi A.H., Mohamad Firdaus Azaharuddin, Rahim Aman & Muhamad Syahmi Shabri. 2020. Pemetaan isoglos varian dialek Terengganu berasaskan aplikasi sistem maklumat geografi. GEOGRAFIA Malaysian Journal of Society and Space, 16(4), 179-196.

Siti Rahimah Mustaffa, Raja Masittah Raja Ariffin, Adi Yasran Abdul Aziz & Mohd Sharifudin Yusop. 2017. Pelestarian dialek Kelantan di Besut dan kaitannya dengan pembentukan jati diri. Jurnal Bahasa. 17:1. 145- 173.

Yusniza Yaakub, Hishamudin Isam & Faizah Ahmad. 2022. Ungkapan Darjah Penghabisan dalam Kalangan Penutur Dialek Kedah berdasarkan Kategori Umur. Journal of Human Development and Communication. 11. 95 -105.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.