Role Conflicts and Ambiguity among IT Personnel in Malaysia Public Sector

Mahshitah Abdul Manan, Zawiyah Mohammad Yusof, Ibrahim Mohamed, Kamaruzzaman Matharsha

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sama ada wujud konflik dan kesamaran peranan di kalangan personel teknologi maklumat (IT) di sektor awam di Malaysia. Kajian juga bertujuan untuk meninjau sama ada konflik dan kesamaran peranan yang dialami oleh personel IT dipengaruhi oleh faktorfaktor demografi seperti jantina, umur, kumpulan pengurusan dan tempoh berada dalam perkhidmatan. Beban peranan dan kepuasan terhadap tugas juga dikaji untuk melihat hubungannya dengan konflik dan kesamaran peranan. Seramai 250 personel IT dari beberapa kementerian dan jabatan kerajaan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya dipilih sebagai sampel kajian secara rawak. Kajian mendapati wujudnya konflik peranan dan beban peranan di kalangan personel IT di sektor awam. Bagaimanapun, tahap konflik peranan dan beban peranan yang dialami pada keseluruhannya adalah rendah. Terdapat perbezaan yang signifikan dari aras konflik mengikut jantina dan umur, tetapi personel IT tidak mengalami kesamaran peranan, sebaliknya jelas terhadap bidang tugas, objektif tugas, tanggungjawab serta peranan masing-masing. Keputusan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan antara beban peranan dengan konflik peranan, manakala kepuasan terhadap tugas tidak menunjukkan hubungan dengan konflik peranan.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN : 2289-2192

For any inquiry regarding our journal please contact our editorial board by email apjitm@ukm.edu.my