The Effectiveness of Electronic Books: Writing Descriptive Essays

Jamaludin Badusah, Mohamed Amin Embi

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan buku elektronik terhadap pencapaian pelajar dalam penulisan karangan bahasa Melayu berbentuk deskriptif di sekolah menengah. Melalui aktiviti penulisan karangan, pelajar di dalam kumpulan eksperimen diberi rawatan untuk mendokumentasikan maklumat yang diperolehi dengan bantuan buku elektronik. Kajian kuasi eksperimen ini dilakukan terhadap pelajar tingkatan empat (n = 120). Seramai 60 orang dijadikan kumpulan eksperimen dan 60 orang lagi sebagai kumpulan kawalan. Instrumen kajian ini adalah terdiri daripada karangan deskriptif yang diskorkan dengan Skema Pemarkahan Karangan (Bahasa Malaysia I) Lembaga Peperiksaan Malaysia. Kajian ini menggunakan analisis multivariat untuk menguji min skor karangan dan skor nilai tambah menggunakan General Linear Model - ANOVA Repeated Measures serta analisis regrasi berganda (Multiple Regression Analysis). Keputusan kajian ini memperlihatkan bahawa kesan rawatan penggunaan buku elektronik telah meningkatkan pencapaian pelajar dalam penulisan karangan berbentuk deskriptif bahasa Melayu. Skor nilai tambah karangan perbincangan bagi kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi secara signifikan (p < 0.05) dibandingkan dengan kumpulan kawalan. Faktor rawatan telah memberi sumbangan yang bermakna kepada pencapaian skor ujian pos berbanding dengan pencapaian bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pada peringkat PMR yang digunakan sebagai kovariat. Dari segi afektif, dapatan kajian menunjukkan minat, sikap, motivasi dan efikasi-kendiri pelajar adalah baik manakala tahap kebimbangan adalah sederhana terhadap penggunaan buku elektronik.


Keywords


Buku elektronik; penulisan karangan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN : 2289-2192

For any inquiry regarding our journal please contact our editorial board by email apjitm@ukm.edu.my