The Motivating Factors for Telemedicine Application in Klang Valley
Abstract
Teleperubatan adalah salah satu daripada sasaran dalam agenda Korridor Raya Multimedia (MSC) negara. Kajian ini cuba meninjau status implementasi teleperubatan di pusat perubatan sekitar Lembah Kelang dan menentukan faktor pendorongannya. Kajian ini mendapati tahap penggunaan teleperubatan di pusat perubatan sekitar Lembah Kelang masih rendah iaitu hanya 16%. Hospital melaksanakan pendekatan ini dikatakan didorong oleh perancangan strategik hospital, keupayaan teknologi maklumat dan rangkaian, permintaan pengguna, pelanggan, dan pengurusan atasan, dan persepakatan dengan penyedia infrastruktur. Kajian ini telah merumuskan bahawa pusat perubatan mesti membuat penelitian rapi bagi mewajarlan implementasi teleperubatan dan tidak boleh dilaksanakan secara tergesa-gesa. Untuk mengetahui situasi sebenar operaso teleperubatan, ujian percubaan teleperubatan terhadap beberapa bahagian dalam perkhidmatan perubatan harus dijalankan.
Keywords
Teleperubatan, Implementasi, Multimedia Super Corridor (MCS)
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
e-ISSN : 2289-2192
For any inquiry regarding our journal please contact our editorial board by email apjitm@ukm.edu.my