DESENTRALISASI DAN DELEGASI KUASA DALAM PENTADBIRAN AWAM: SUATU ANALISIS KONSEPTUAL (Decentralisation and delegation of power in public administration: A conceptual analysis)

Azmi Awang, Arifin Che Mat

Abstract


Di dalam pentadbiran awam, pembuatan keputusan yang cekap dan efisien adalah perlu untuk memenuhi keperluan rakyat dan negara. Bagi memastikan supaya proses pembuatan keputusaan berjalan dengan cekap dan lancar, maka penerapan amalan desentralisasi kuasa dan delegasi kuasa di semua peringkat pentadbiran awam—sama ada di peringkat kerajaan pusat, negeri dan kerajaan tempatan atau peringkat kementerian, jabatan serta agensi kerajaan adalah penting. Ini kerana desentralisasi dan delegasi kuasa dapat mengurangkan karenah birokrasi. Artikel ini membincangkan desentralisasi dan delegasi kuasa dalam pentadbiran awam.  Fokus utamanya menilai kepentingannya dalam meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian dalam pentadbiran awam.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.