MORAL PENAPISAN KENDIRI FILEM DOKUMENTARI SEJARAH

Mohd. Nor Shahizan Ali, Mohd. Azul Mohammad Salleh, Mat Pauzi Abd Rahman, Mus Chairil Samani, Zairul Anuar Md. Dawam

Abstract


Khalayak secara keseluruhannya mempunyai kemampuan yang berbeza dalam memberi interpretasi ke atas teks media. Oleh itu, setiap penerbitan teks media perlu memenuhi etika penyampaian yang sebenar supaya tidak menimbulkan kekeliruan dalam interpretasi mesej. Penulisan ini bertujuan mengenal pasti penapisan kendiri dalam teknik penyampaian mesej melalui enam sekuen sebuah filem dokumentari sejarah The Kinta Story (1949) terbitan Filem Negara Malaysia. Persembahan naratif filem dokumentari sejarah ini mendokong etika sebuah penyampaian makna perlambangan kepada perjuangan menentang pengganas komunis. Persoalannya, adakah etika penyampaian mesej filem dokumentari ini mengikut prinsip sebenar sebuah penyampaian filem dokumentari sejarah? Pendekatan ‘Aristotle’s Golden Mean’ berdasarkan Conrad C. Fink dan analisis teknik naratif berdasarkan pendekatan oleh Richard M. Blumenberg, David Bordwell & Kristin Thompson dan Herbert Zettl digunakan dalam menilai interpretasi mesej berdasarkan pandangan informan dalam perbincangan kumpulan fokus. Rentetan daripada faktor sosial, kekangan teknologi dan pengaruh budaya luar yang mempengaruhi penapisan kendiri, maka filem dokumentari sejarah The Kinta Story (1949) telah berjaya menimbulkan interpretasi yang sama daripada masyarakat pada ketika itu tentang kehebatan pihak British dan kekejaman komunis. Hasilnya teknik naratif dan etika penyampaian yang digunakan dalam filem dokumentari ini telah berjaya membawa mesej serta mencapai sasaran sebagai sebuah filem dokumentari propaganda untuk mendapat sokongan masyarakat pada ketika itu dalam menghapuskan ancaman komunis.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia