PERUBAHAN SIKAP KEUSAHAWANAN USAHAWAN MELAYU DI MALAYSIA (CHANGING ENTREPRENEURSHIP ATTITUDES MALAY ENTREPRENUERS IN MALAYSIA)

Buerah binti Tunggak, Hussin bin Salamon

Abstract


Usaha bagi melahirkan individu usahawan Bumiputera dalam bidang ekonomi dan perniagaan memerlukan perubahan sikap dan nilai.  Di samping itu usaha melahirkan usahawan yang memiliki etika dan nilai Islam dilihat semakin mendesak memandangkan keperluan kepada penghayatan ajaran Islam dalam semua aspek kehidupan termasuk yang berkaitan dengan perniagaan dan keusahawanan. Namun sikap negatif dan kurang beretika didapati menghalang keupayaan, daya tahan dan daya saing usahawan bumiputera berbanding usahawan bangsa lain. Oleh itu kajian ini bertujuan mengkaji budaya niaga usahawan bumiputera dengan memfokus terhadap sikap keusahawanan usahawan Bumiputera dalam kategori Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).  Aspek sikap dikaji berdasarkan dua tema utama i) ciri kebebasan dan ii) ciri kejujuran.  Ciri kebebasan dibahagikan kepada sub-tema; pergantungan berterusan kepada bantuan kerajaan, bergantung kepada kontrak kerajaan, isu melobi dan perbuatan rasuah, manakala ciri kejujuran dibahagi kepada sub-tema kegagalan membayar balik pinjaman, dan mengalibabakan perniagaan.  Reka bentuk kajian menggunakan kaedah mix-method yang melibatkan kajian kuantatif menggunakan instrumen soal selidik sementara kajian kualitatif menggunakan temu bual dan analisis dokumen. Analisis adalah berasaskan soal selidik dan temu bual bersama usahawan bumiputera PKS yang menerima pembiayaan MARA di negeri Johor. Disamping itu peserta temu bual juga melibatkan usahawan Bumiputera PKS yang bukan penerima pembiayaan MARA, pegawai kanan MARA, pegawai MARA daerah yang mengelolakan pembiayaan, dan program latihan dan pembangunan serta usahawan Bumiputera berjaya.  Dapatan kajian menunjukkan faktor sikap keusahawanan kritikal dalam mempengaruhi kelemahan usahawan bumiputera di Malaysia.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia