FAKTOR-FAKTOR SOKONGAN SOSIAL YANG MEMPENGARUHI PENGHARGAAN KENDIRI REMAJA SEKOLAH MENENGAH DAERAH MELAKA TENGAH (The Social Support Factor Influencing the Self Esteem of Adolescents within secondary Schools in Mid Malacca District)

Tan Swee Chen, Rosnah Sutan

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penghargaan kendiri remaja sekolah menengah di daerah Melaka Tengah dan hubungannya dengan sokongan sosial. Remaja sekolah pada tingkatan 2 (13-14 tahun) dipilih secara rawak dari 3 buah sekolah kerajaan di daerah Melaka Tengah. Alat kajian ini mengguna borang soal selidik “The Piers-Harris Children Self Concept Scale” dan “Social Support Questionnaire”. Seramai 242 orang responden terlibat dalam kajian ini iaitu 111 (45.9%) lelaki dan 131 (54.1%) perempuan. Terdapat hubungan yang signifikan di antara sokongan ibu bapa terhadap penghargaan kendiri remaja sekolah dengan ujian multivariate linear regresi (p < 0.05). Manakala sokongan guru, rakan dan rakan sebaya tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan tahap penghargaan kendiri remaja. Kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan penghargaan kendiri remaja mengikut sosiodemografik seperti jantina, bangsa, status pekerjaan ibu bapa dan status penjaga (nilai p > 0.05). Kesimpulannya, peranan ibu bapa dalam memberi sokongan sosial kepada remaja sangat membantu dalam meningkatkan tahap penghargaan kendiri remaja.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia