TAHAP PENGLIBATAN MASYARAKAT RUMAH PANJANG DALAM PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN DI SARAWAK (The Level of Participation of the Longhouse Community in the Poverty Eradication Programme in Sarawak)

Kwok Chin Hoe, Haris Abd Wahab

Abstract


Kajian ini dijalankan bagi meneliti penglibatan penduduk rumah panjang dalam program pembasmian kemiskinan (Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat) yang dilaksanakan di Daerah Song, Sarawak. Penglibatan penduduk rumah panjang dalam skim tersebut diteliti berdasarkan penglibatan dalam membuat keputusan, pelaksanaan, berkongsi manfaat dan penilaian program berkenaan. Seramai 260 orang ketua isi rumah telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Maklumat kajian dikumpul melalui temu bual berstruktur menggunakan borang soal selidik dan dianalisis menggunakan program SPSS. Penemuan kajian menunjukkan tahap penglibatan penduduk rumah panjang dalam program SPKR berada pada tahap sederhana sahaja bagi keempat bentuk penglibatan yang dikaji. Oleh itu, usaha-usaha perlu ditingkatkan untuk menggalakkan komuniti rumah panjang melibatkan diri dalam aktiviti membuat keputusan, pelaksanaan, berkongsi manfaat dan penilaian program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan di tempat mereka. 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia