VISUAL SEJARAH DALAM SENI CETAK BERTEMAKAN NEGERI-NEGERI MELAYU 1786-1890 (Visual History in Printmaking under the Theme of Malayan States 1786-1890)

Azian Tahir, Arba’iyah Mohd Noor, Mohd Khairul Azahari Abdul Rani

Abstract


Budaya merakam peristiwa dan suasana sejarah melalui visual  bermula sejak sekian lama,  iaitu  ketika manusia mula mengenali bagaimana untuk meninggalkan kesan pada sebarang permukaan. Hal ini  berterusan hingga kepada beberapa ketamadunan yang besar yang menggunakan tinggalan visual sebagai medium untuk menyampaikan maklumat berhubung dengan  kekuasaan mereka serta aktiviti harian masyarakat pada zaman tersebut. Fokus utama kajian ini adalah untuk melihat visual sejarah melalui seni cetak sebagai satu pendokumentasian sejarah terutama sekali di Negeri-negeri Melayu. Sesungguhnya dengan menghayati sesuatu karya seni sama ada dalam konteks sosial, politik, ekonomi dan penggayaan membolehkan kita memahami bukan sahaja seni malahan latarbelakang disebalik setiap visual yang terhasil. Negeri-negeri Melayu yang tidak ketinggalan dari menjadi tema utama dalam penghasilan visual seni cetak semenjak abad ke-15 lagi telah banyak menyimpan himpunan sejarah melalui visual cetakan secara tidak langsung. Hal ini jelas sekali menunjukan Negeri-negeri Melayu juga tidak ketinggalan mempunyai koleksi visual cetakan yang boleh dikaji untuk mendapatkan maklumat sejarah di sebalik setiap visual yang dihasilkan. Malahan seni cetak adalah salah satu daripada disiplin media masa yang paling berkesan, dalam menyimpan maklumat dan imej dalam jumlah yang banyak. Secara tidak langsung hal ini dapat memperlihatkan bagaimana perkembangan seni cetak di Negeri-negeri Melayu ini selari dengan proses pendokumentasian maklumat yang akhirnya menjadi rekod bercetak kepada sejarah negara. Dalam kontek kajian ini jangka masa himpunan visual cetakan yang dikaji adalah berlandaskan ketika era pemerintahan British di Negeri-negeri Melayu.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.