PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS MULTIMEDIA-INTERAKTIF SIMPULAN BAHASA THAI BERDASARKAN ANATOMI (PKMI-SBT)

Zulkifli Ahmad

Abstract


Pembelajaran bahasa Thai adalah sukar bagi kebanyakan pelajar tempatan kerana terdapat perbezaan yang ketara dari segi sistem tulisan, sistem sebutan, perbendaharaan kata, tatabahasa dan semantik. Walau bagaimanapun, sebagai bahasa jiran tetangga Malaysia beberapa persamaan dapat juga dikenalpasti dalam aspek nilai-nilai kemasyarakatan. Kajian ini memberi tumpuan pada simpulan bahasa Thai berdasarkan 15 bahagian anatomi tubuh manusia. Bagi meningkatkan kefahaman pembelajaran simpulan bahasa Thai tersebut, suatu perisian kursus multimedia-interaktif dibangunkan. Pembangunannya adalah berdasarkan teori pembelajaran kognitivis-konstruktivis, pendekatan pedagogi, prinsip multimedia, prinsip interaktif dan prinsip antara muka pengguna untuk menghasilkan model reka bentuk berarahan dan modul-modul pembelajaran. Perisian kursus ini diberi judul Perisian Kursus Multimedia-Interaktif Simpulan Bahasa Thai Berdasarkan Anatomi (PKMI-SBT). Objektif pembangunan perisian tersebut adalah untuk dijadikan sebagai bahan bantu pembelajaran bagi meningkatkan proses pembelajaran pelajar yang mengikuti kursus-kursus bahasa Thai.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia