PENGANTARABANGSAAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA MELALUI PENGALAMAN ALUMNI INDONESIA DENGAN ALMA MATER (Internationalisation of Malaysia Higher Education Through Experience of Indonesian Alumni with Alma Mater)

Nur Amalina Mohd Rashid, Chang Peng Kee, Sabariah Mohamed Salleh

Abstract


Pembangunan negara bukan sahaja dinilai daripada kepesatan ekonomi, tetapi juga dapat diukur melalui perkembangan pendidikan sesebuah negara tersebut. Ilmu pengetahuan dan sumber asli juga mampu membantu negara dalam menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat. Oleh itu, usaha-usaha bagi mengantarabangsakan pengajian tinggi negara mula diberikan penekanan yang intensif melalui Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara 2. Salah satu perancangan strategik bagi mengantarabangsakan pengajian tinggi negara adalah melalui hubungan alumni. Oleh itu, kertas ini akan membincangkan kelestarian hubungan alumni yang mampu bertindak sebagai agen atau duta kepada kementerian dalam menyebarkan maklumat dan membantu mempromosikan Institusi Pengajian Tinggi tempatan. Aspek perhubungan alumni yang dikaji adalah berdasarkan kepada dua tema utama iaitu pengantarabangsaan pengajian tinggi negara dan hubungan alumni dan alma mater. Hubungan alumni dan alma mater dibahagikan kepada sub-tema berdasarkan kepada konsep hubungan organisasi dan publik yang diperkenalkan oleh Hon dan Grunig (1999). Metodologi kajian ini adalah menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan temubual mendalam bersama ahli yang memegang jawatan berbeza di dalam Persatuan Pelajar Indonesia. Dapatan kajian menunjukkan kualiti perhubungan yang positif dapat melahirkan pengalaman yang baik kepada alumni sepanjang pengajian mereka dan membentuk jenis hubungan komunal kepada alumni dan alma mater.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia