CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN BANDUAN PAROL: KE ARAH PENYEDIAAN MODUL KEMAHIRAN PENGURUSAN KEUSAHAWANAN DI JABATAN PENJARA MALAYSIA (Entrepreneurship Characteristics among the Prisoners on Parole: Towards the Development of Entrepreneurship Skill

Fauziah Ibrahim, Salina Nen, Norulhuda Sarnon, Khadijah Alavi, Mohd Suhaimi Mohamad, Wan Shahrazad Wan Sulaiman, Ezarina Zakaria

Abstract


Sebagai inisiatif penyediaan modul kerjaya yang berkesan kepada banduan parol supaya mereka mampu untuk membina kerjaya dan kehidupan yang berdikari daripada aspek kewangan/ekonomi, maka artikel ini disediakan bertujuan untuk mengukur sejauh mana ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki oleh banduan parol di Malaysia. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan keratan-lintang secara kuantitatif. Seramai 280 banduan parol yang sedang menjalani program pengawasan parol di Semenanjung Malaysia oleh Jabatan Penjara Malaysia (JPM) telah dipilih sebagai responden kajian. Hasil kajian mendapati majoriti banduan parol yang terlibat dalam kajian ini menunjukkan tahap ciri-ciri keusahawanan yang positif iaitu berada pada tahap sederhana (64.6 peratus) ke tahap yang tinggi (34.6 peratus). Hanya 0.7 peratus sahaja dalam kalangan banduan yang terlibat dalam kajian ini tidak menunjukkan ciri-ciri keusahawanan. Hasil kajian memberi implikasi positif ke arah keperluan untuk mewujudkan modul pengurusan dan kemahiran keusahawanan di Jabatan Penjara Malaysia bagi tujuan menggilap bakat dan kemahiran kerjaya kepada banduan sebagai persediaan mereka untuk kembali berfungsi semula ke dalam masyarakat setelah dibebaskan.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.