“BANTERAS FILEM CETAK ROMPAK”: SARANAN PEMANTAPAN PENGUATKUASAAN (‘Eradicating Film Piracy’: Proposed Consolidation of Enforcement)

Noor Aziah Abdullah, Wan Amizah Wan Mahmud, Mohd Nor Shahizan Ali

Abstract


Aktiviti filem cetak rompak tidak memberi sebarang kesan persepsi kepada masyarakat negara ini. Dengan perkataan lain, aktiviti menjual, mencetak, membeli dan memiliki filem cetak rompak tidak memberi sebarang kegerunan emosi dan makin diterima sebagai budaya kepada masyarakat negara ini. Apabila memperkatakan tentang isu Harta Intelek, perkataan sinonim yang berkaitan dengannya adalah cetak rompak. Oleh kerana filem merupakan salah satu dari kategori hasil karya sastera dan seni yang dilindungi di bawah Harta Intelek, maka makalah ini akan membincangkan kaedah pembanterasan fenomena filem cetak rompak bagi melindungi Harta Intelek ini. Oleh itu, dengan menggunakan kaedah temu bual mendalam bersama para informan yang terdiri dari mereka yang terlibat secara langsung dalam industri ini, maka dapatan temu bual mendapati bahawa Literasi media memainkan peranan yang dominan dalam pelaksanaan pembanterasan aktiviti ini di kalangan masyarakat. Tidak ketinggalan saranan lain seperti penambahbaikan akta, peningkatan penguatkuasaan, peranan pihak industri, dan penglibatan penggiat seni dalam penggubalan dasar dan perundangan berupaya menyumbang kepada pemantapan penguatkuasaan terhadap fenomena filem cetak rompak di negara ini.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.