KEPUASAN PELANCONG TERHADAP “SERVICESCAPE” DI PELANCONGAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR (ECER) (The Tourist Satisfaction On "Servicescape" Tourism In East Coast Economic Region )

Wan Suzita Wan Ibrahim, Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh

Abstract


Dalam mempromosikan pelancongan wilayah sebagai pelancongan yang bertaraf antarabangsa pelbagai pembangunan pelancongan telah dilaksanakan antaranya produk pelancongan, aktiviti manusia, fungsi kawasan, ekonomi, sosiobudaya dan tahap kemudahsampaian. Namun, pembangunan pelancongan yang dilaksanakan tidak menampakan kejayaan yang sepenuhnya hingga kini kerana ia dilihat tiada keseimbangan dalam pembangunan pelancongan antara negeri terutama kepada pelancong. Justeru itu, artikel ini bertujuan untuk mengkaji kepuasan servicescape pelancongan di wilayah ECER dari sudut, aktiviti dan program, pengalaman, penglibatan masyarakat, perkhidmatan dan infastruktur, promosi pemasaran dan persekitaran. Pendekatan kajian adalah berdasarkan analisis kualitatif dan kuantitatif yang melibatkan 823 responden domestik dan 296 antarabangsa secara convient dan analisa secara T-test serta kaedah crosstabs akan dilakukan untuk menghasilkan data. Hasil kajian mendapati min purata secara keseluruhan menunjukan, tahap kepuasan servicescape terhadap enam elemen kepuasan utama adalah tinggi dengan purata min 4.45 di kalangan domestik berbanding pelancong antarabangsa dengan purata min 3.62 yang menunjukan kepuasan di tahap sederhana. Ini menunjukan terdapat perbezaan kepuasan servicescape dikalangan pelancong domestik dan antarabangsa. Oleh itu, kajian terhadap kepuasan servicescape ini penting dijalankan yang dikunjungi kerana ia dijadikan salah satu alat pengukuran dalam menentukan kepuasan pelancong terhadap destinasi wilayah yang dikunjungi.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia