PEMBANGUNAN PERDAGANGAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU: KAJIAN TERHADAP REJIM NEOMERKANTILISME, 1919-1923 (The F.M.S‟s Trade Development: Study on Neomercantilism Regime, 1919-1923)

Mohd Shazwan Mokhtar, Muhammad Aslah Akmal Azmi, Mohd Samsudin

Abstract


Kemerosotan ekonomi dunia selepas Perang Dunia Pertama telah memberi kesan negatif terhadap sektor perdagangan empayar British termasuklah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB). Masalah ini telah menyebabkan kerajaan NNMB campur tangan dalam sektor perdagangan dengan lebih rigid untuk melindungi kepentingan ekonomi British. Oleh itu, artikel ini menganalisis pembentukan dasar pembangunan perdagangan oleh kerajaan NNMB untuk menghadapi masalah kemelesetan ekonomi dalam tahun 1919-1923. Kaedah kajian sejarah ekonomi digunakan untuk menganalisis perubahan dan keadaan ekonomi yang mempengaruhi pembentukan dasar pembangunan perdagangan di NNMB. Pembuktian berdasarkan sumber primer dari Arkib Negara Malaysia dan ‘The National Archive’ London dalam bentuk dokumen kerajaan dan data ekonomi digunakan untuk merekonstruksikan fenomena ekonomi yang telah berlaku. Pendekatan neomerkantilisme digunakan sebagai kerangka analisis untuk meneliti penglibatan kerajaan NNMB dalam pembentukan dasar perdagangan. Hasil kajian mendapati kejayaan kerajaan NNMB menyeimbangkan ‘balance of trade’ (BOT) disebabkan keberkesanan dasar pembangunan perdagangan yang melibatkan usaha berterusan pembangunan jaringan perhubungan, kemenjadian pembangunan industri baru dan pelindungan eksport perdagangan menerusi ‘Tariff Preference’.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia