KOLONIALISME BRITISH TERHADAP NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU KETIKA PERANG DUNIA PERTAMA (British Colonialism among Federated Malay States during World War I)

Muhammad Aslah Akmal Bin Azmi, Mohd Shazwan Mokhtar, Mohd Bin Samsudin

Abstract


Sejarah perluasan kuasa British di Tanah Melayu sememangnya berkait rapat dengan kolonialisme British dalam sesebuah peristiwa yang berakhir dengan keuntungan kepada British. Perkara yang sama turut berlaku di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dalam peristiwa Perang Dunia Pertama apabila Tanah Melayu berdepan dengan pelbagai ancaman dan pengaruh luar daripada Jerman dan Turki yang mampu mengganggu gugat kepentingan British. Menyedari hal ini, British telah menggubal dan meminda dasar-dasar penting sepanjang zaman perang agar kepentingannya dapat terus dijaga. Namun begitu, disebalik usaha-usaha British untuk memperkukuhkan penguasaan politik di negeri-negeri Melayu tersebut, ancaman Jerman dan pengaruh Turki masih kekal sehinggalah Perang Dunia Pertama tamat. Lantaran itu artikel ini akan menganalisis sejauhmanakah kolonialisme British dalam Perang Dunia Pertama dapat memperkukuhkan penguasaannya di NegeriNegeri Melayu Bersekutu. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dengan pergantungan terhadap kajian sumber primer seperti Proceeding of the Federal Council, Government Gazette dan fail-fail sekretariat negeri. Dapatan awal kajian mendapati usaha British dalam penggubalan dan pindaan dasar sepanjang zaman perang telah berjaya memperkukuhkan kepentingannya di Tanah Melayu khususnya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Perang Dunia Pertama telah memberi ruang kepada British untuk memperkukuhkan penguasaannya melalui penggubalan dan pindaan dasar di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia