AMALAN DAN PENILAIAN KESANTUNAN BAHASA DALAM KALANGAN PELAJAR PASCASISWAZAH MELAYU MUSLIM (Practice And Evaluation On Language Politeness Among The Malay Muslim Post Graduate Students)

Riduan Makhtar, Abd Ganing Laenkang

Abstract


Kajian ini memberikan tumpuan terhadap amalan dan penilaian kesantunan bahasa dalam kalangan 75 pelajar pascasiswazah Melayu Muslim di empat buah universiti awam Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan diskursif dalam melihat amalan kesantunan bahasa dalam situasi mesyuarat. Pendekatan ini menggunakan soal selidik secara terbuka agar responden dapat memberikan maklumat berdasarkan pengalaman mereka bermesyuarat. Terdapat tiga aspek utama yang menjadi tumpuan kajian ini, antaranya ialah (i) Faktor amalan kesantunan, (ii) penilaian diri sendiri dan (iii) penilaian terhadap ahli mesyuarat lain. Secara umumnya, kajian ini mendapati 7 faktor amalan kesantunan ketika bermesyuarat. Aspek penilaian diri pula menunjukkan penilaian sangat sopan (17%), sopan (68%), sederhana sopan (11%), dan kurang sopan (4%). Dari segi Penilaian Terhadap Orang Lain, penilaian sangat sopan (3%), sopan (70%), kebanyakan mereka bersopan (6%), sebahagian sahaja (19%) dan tidak sopan (2%). Secara keseluruhannya, berdasarkan ketiga-tiga aspek tersebut, kajian ini menyimpulkan bahawa amalan dan penilaian kesantunan berbahasa dalam kalangan pelajar pascasiswazah Melayu Muslim adalah sangat baik.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia