CABARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK PELAJAR. (The Challenges Faced By Islamic Education Teachers in the Formation of Students’ Behaviour)

SITI RASHIDAH BINTI ABD RAZAK, HASLINA BINTI HAMZAH, ZETTY NURZULIANA BT RASHED

Abstract


Dewasa ini kita sering dikejutkan dengan berita keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar.Selain kes buli, pecah rumah, peras ugut dan jenayah siber pelbagai masalah lain turut melibatkan pelajar sekolah.Perkembangan ini mendatangkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat terutamanya ibu bapa dan guru,khususnya Guru Pendidikan Islam(GPI).Penulisan ini menumpukan kepada  cabaran yang dihadapi oleh guru Pendidikan Islam(GPI) dalam pembentukan akhlak pelajar serta beberapa cadangan penambahbaikan bagi pembentukan akhlak yang baik dalam kalangan pelajar.Kajian ini menggunakan kajian perpustakaan dengan menganalisis dan menilai perdebatan dan perbincangan di dalam kandungan teks dalam bentuk pendekatan naratif.Hasil penulisan menunjukkan bahawa setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan agenda pembentukan akhlak pelajar dapat dilaksanakan dengan berkesan tanpa mengharapkan peranan dari pihak GPI sematamata.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia