ONSET MORA DALAM DIALEK KELANTAN: ANALISIS TATATINGKAT KEKANGAN

ADI YASRAN ABDUL AZIZ, ZAHARANI AHMAD

Abstract


Makalah ini bertujuan untuk menjelaskan perilaku fonologi yang dinamakan onset
mora (moraic onsets). Kewujudan onset mora telah dinafikan dalam teori mora
standard yang dipelopori dan dikembangkan oleh ahli-ahli fonologi seperti Hyman
(1985), Hayes (1989), Gordon (1999), dan Moren (1999). Mereka berpendapat
bahawa onset mora tidak wujud kerana dalam kebanyakan bahasa onset tidak
berpotensi untuk mengalami proses prosodik. Bagaimanapun, kajian merentasi
sempadan linguistik mutakhir mendapati bahawa terdapat banyak bahasa dan dialek
yang membenarkan proses prosodik berlaku pada posisi onset seperti Bella Cola,
Samothraki Greek, Trukese, Marshallese, Trique, Bellonese, Piraha, Karo, Arabela,
Woleaian, Swiss German, Kabardian, Berber, Patani, Kelantan, dan Terengganu.
Kajian ini secara khusus akan meneliti fenomena onset mora dalam dialek Kelantan
dengan menggunakan kerangka teori optimaliti yang menggabungkan peringkat
fonologi prosodik dan juga segmental. Hasil analisis mendapati bahawa kata prosodik
dalam dialek Kelantan bersamaan dengan kaki (foot), iaitu dua suku kata di bawah
analisis segmental. Kekangan ini menyebabkan input yang mengandungi tiga suku
kata akan menggugurkan suku kata pertamanya untuk membentuk output yang
bersuku kata dua. Dalam teori mora standard, penguguran segmen menyebabkan
pengapungan mora yang kemudiannya dihubungkan dengan vokal yang berdekatan
lalu menghasilkan vokal panjang. Walau bagaimanapun analisis ini tidak dapat
menjelaskan fenomena onset geminat seperti dalam kata [ssaka] (pusaka) dalam
dialek Kelantan. Dalam analisis teori optimaliti, masalah ini ditangani dengan
meletakkan kekangan TIADA VOKAL PANJANG (*VP) lebih tinggi daripada
kekangan TIADA GEMINAT (*GEM) dalam hierarki kekangan. Tatatingkat ini
membolekan calon onset geminat muncul sebagai output optimal. Analisis ini juga
secara langsung meyarankan bahawa onset boleh mengandungi mora.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia