HUBUNGAN SIKAP KEPADA WANG DAN KEPUASAN KERJA TERHADAP KEINGINAN PEKERJA UNTUK BERHENTI SECARA SUKARELA: KAJIAN DI SEBUAH ORGANISASI PIHAK BERKUASA TEMPATAN BERSTATUS BANDARAYA DI SARAWAK

AZMAN ISMAIL, MAI SUMIYATI ISHAK, WATY KUCHING, MUSTAFFA OMAR

Abstract


Sikap terhadap wang sebagai pembolehubah penyederhana dalam model kepuasan kerja
setakat ini kurang diberi penekanan dalam kajian-kajian lepas. Lebih penting lagi, kajian
terkini telah mendedahkan bahawa kesan kepuasan kerja bersifat ekstrinsik dan intrinsik ke
atas keinginan untuk berhenti secara sukarela adalah tidak konsisten apabila ia didalangi oleh
sikap terhadap wang dalam organisasi. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengukur
peranan sikap terhadap wang sebagai pembolehubah penyederhana di antara kepuasan kerja
dan keinginan untuk berhenti secara sukarela. Kaedah tinjauan telah digunakan bagi
mengumpul maklumat melalui borang soalselidik yang dikendalikan ke atas 93 pekerja pihak
penguasa tempatan berstatus bandaraya di Sarawak, Malaysia. Keputusan analisis regresi
hierarki menunjukkan bahawa interaksi di antara kepuasan kerja intrinsik dan sikap terhadap
wang tidak mampu untuk mengurangkan keinginan pekerja daripada berhenti secara sukarela.
Bagaimanapun, interaksi di antara kepuasan kerja ekstrinsik dan sikap terhadap wang pula
diperhatikan mampu mengurangkan keinginan pekerja untuk berhenti secara sukarela.
Dapatan kajian ini mengesahkan bahawa sikap terhadap wang bertindak sebagai
pembolehubah penyederhana separa dalam model kepuasan kerja dalam organisasi kajian.
Turut dibincangkan dalam makalah ini adalah implikasi kajian kepada teori dan amalan
kepuasan kerja, limitasi-limitasi kerangka teori dan metodologi kajian sedia ada, serta
cadangan kajian lanjut untuk masa akan datang.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia