MASALAH SEDIMENTASI DAN PENYELESAIANNYA MELALUI KAEDAH PENGURUSAN PERSEKITARAN: SATU KAJIAN KES DI SUNGAI CHINI, PAHANG. (Sedimentation issue and Its Solution Through Environmental Management Approach: A Case Study in Sungai Chini, Pahang)

Mohd Ekhwan Toriman, Mohd Khairul Amri Kamarudin, Mushrifah Hj Idris, Muhammad Barzani Gasim, Nor Rohaizah Jamil

Abstract


Sungai Chini merupakan satu-satunya sungai yang mengalir keluar daripada Tasik Chini ke Sungai
Pahang. Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, Sungai Chini mengalami kemerosotan kualiti air
akibat proses sedimentasi dan ketidakseimbangan pembangunan di sekitar lembangannya. Kajian
dijalankan bertujuan menganggarkan penghasilan muatan sedimen tahunan (tan/km2/tahun), membina
model hidraulik berdasarkan kapasiti sungai dan cadangan kepada kaedah pengurusan sedimen.
Persampelan kajian telah dijalankan pada Julai 2008 sehingga Jun 2009 melibatkan tiga musim
berbeza iaitu musim normal, hujan dan selepas hujan. Sebanyak tiga stesen persampelan telah dipilih.
Keputusan kajian menunjukkan anggaran purata tahunan sedimen yang diangkut keluar dari Sungai
Chini ialah 787.621 tan/km²/tahun. Hasil analisis statistik korelasi bagi hubungan antara muatan
sedimen dan luahan kajian pula adalah sangat signifikan, iaitu R2=0.980. Hubungan luas kawasan
tadahan dan muatan sedimen bagi kajian sungai terpilih juga menunjukkan hubungan yang signifikan,
iaitu R2=0.824 membuktikan kaitan kuat diantara penghasilan sedimen dengan perubahan guna tanah
yang berlaku di sekitar lembangan ini. Hasil kajian mendapati sedimentasi yang tinggi berpunca
daripada aktiviti guna tanah, kewujudan baraj di hilir Sungai Chini yang memerangkap sedimen,
aliran songsang dari Sungai Pahang masuk ke Sungai Chini dan faktor hakisan tebing. Kajian ini
mencadangkan langkah kawalan sedimen seperti mewujudkan rizab pemuliharaan bagi sebahagian
lembangan tasik, mengubahsuai sistem baraj, mengaplikasikan sistem “Monkey Cheek” yang
bertujuan mengalir serta membersihkan sedimen terampai yang tinggi dan cadangan kawalan hakisan
tebing sungai.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.