REFLEKSIF DIRINYA: SATU ANALISIS SINTAKSIS

DR. FAZAL MOHAMED B. MOHAMED SULTAN

Abstract


Artikel ini membahaskan FN dirinya yang dikenal pasti sebagai refleksif di dalam
bahasa Melayu. Sebaliknya, refleksif dirinya pula akan mempunyai bacaan yang taksa
apabila hadir di dalam ayat. Ini adalah disebabkan dirinya boleh mempunyai rujukan di
dalam klausanya dan juga di luar klausanya. Akibatnya, refleksif ini tidak mematuhi
Prinsip A. Namun demikian, sifat refleksif jenis ini sering dikenali sebagai refleksif
berjarak jauh. Mashudi dan Solakhiah (1997) telah mengkaji bentuk dirinya dalam
kerangka teoritis tatabahasa generatif. Mereka mendakwa bahawa bacaan yang taksa oleh
refleksif dirinya adalah disebabkan oleh kehadiran fitur [+refleksif] dan [+pronominal]
yang dijana oleh dirinya pada struktur-L (struktur lahir/permukaan). Walaupun keduadua
ahli bahasa ini dapat membahaskan dengan baik bahawa bentuk dirinya mempunyai
bacaan yang taksa kerana fiturnya yang berbeza tetapi mereka tidak menjelaskan
bagaimana dua bacaan yang berbeza boleh beroperasi pada satu aras yang sama iaitu
struktur-L pada masa yang sama. Cadangan yang membiarkan dua bacaan beroperasi
pada masa yang sama ke atas dirinya tidak boleh mencapai kepadaan ekplanatori.
Analisis ini juga tidak boleh menjelaskan ayat : Sayai percaya bahawa Salimj telah
menembak dirinya*i/j/k. atau Salimj percaya bahawa sayai telah menembak dirinya*i/j/k.
Oleh yang demikian, artikel ini akan mengisi kekurangan tersebut. Analisis ini
mendakwa dan membahaskan bahawa bacaan yang taksa adalah disebabkan oleh fitur
seperti [+3] dan [+pronominal] pada enklitik ‘-nya’ dan fitur [+refleksif] pada bentuk diri
yang beroperasi pada aras sintaksis yang berbeza. Ini bermakna bacaan yang taksa pada
dirinya dalam ayat adalah kerana pada struktur-D penutur sudah mempunyai intuisi
mengenai bacaan pronominal dan bacaan itu tetap ada sehingga pada struktur-L. Pada
struktur-L, penutur turut mendapat bacaan refleksif pula. Kehadiran dua bacaan pada aras
yang berbeza menyebabkan dirinya telah mempunyai bacaan yang taksa. Analisis ini
akan dibahaskan dengan menggunakan Teori Tambatan yang mengawal penyebaran FN
dalam suatu ayat.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.