RASUAH DALAM KARYA SASTERA MELAYU KLASIK: SATU ANALISIS SEMANTIK KOGNITIF NOR HASHIMAH JALALUDDIN ROZAIMAH RASHIDIN

NOR HASHIMAH JALALUDDIN, ROZAIMAH RASHIDIN

Abstract


Syed Hussein Alatas telah memberikan tujuh tipologi rasuah, antaranya, rasuah
perkerabatan, investif, defensif, transaktif, autogenik, memeras dan dukungan.
Penggolongan tipologi ini berasaskan pemerhatian. Makalah ini memformalisasikan
tipologi rasuah ini dengan menggunakan pendekatan semantik kognitif. Berasaskan data
daripada karya sastera Melayu klasik seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat
Terong Pipit dan Hikayat Raja Pasai, konsep rasuah diperincikan. Peluasan makna
perkataan rasuah mempunyai domain teras, pinggiran dan sub-pinggiran. Beberapa
mekanisme kognitif khususnya metafora konsepsi seperti skema bekas, skema daya, skema
penghubung dan skema imej tatatingkat telah digunakan bagi membantu menjelaskan lagi
tipologi rasuah ini. Seterusnya, makalah ini cuba mengaitkan fenomena rasuah dengan
pemikiran masyarakat Melayu hari ini. Konsep ‘membalas budi’ ternyata menjadikan
rasuah sebagai satu konsep yang kabur malah ‘halal’ di mata masyarakat Melayu.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.