PERUBAHAN CUACA DAN PENYAKIT DENGGI: KAJIAN KES DI DAERAH SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA (Climate change and dengue: Case study in Seremban District, Negeri Sembilan, Malaysia)

Er Ah Choy, Elainie Bte Mohd Khair, Asmahani Atan, Mazrura Sahani, Zainudin Mohd Ali

Abstract


Denggi merupakan penyakit endemik di Malaysia. Perubahan cuaca mengakibatkan peningkatan
kematian, kemorbidan serta peningkatan kes penyakit seperti denggi. Artikel ini bertujuan untuk
melihat hubungan antara perubahan cuaca dengan kes denggi yang dilaporkan di Daerah Seremban.
Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti hubungan antara perubahan cuaca dengan bilangan kes
denggi di Daerah Seremban. Data sekunder berkaitan dengan bilangan kes penyakit bawaan-vektor
dikumpul dari Pejabat Kesihatan Daerah Seremban, laman sesawang Kementerian Kesihatan
Malaysia serta temubual dengan key informant yang berpengetahuan tentangg perubahan cuaca dan
kesihatan awam. Temubual telah dilaksanakan dari bulan Mac hingga Novembe 2009. Data
kelembapan relatif dan data taburan hujan diperolehi dari Jabatan Meteorologi Malaysia dan Jabatan
Pengairan dan Saliran. Kaedah korelasi Pearson digunakan untuk mengkaji hubungan antara
pembolehubah perubahan cuaca dengan kes denggi pada aras keyakinan p < 0.05. Hasil kajian
mendapati bahawa min suhu maksimum dan kelembapan relatif masing-masing mempunyai
hubungan yang signifikan dengan bilangan kes denggi di Daerah Seremban (yakni masing-masing r =
0.625, p < 0.05 dan r = 0.969, p < 0.05). Bagi taburan hujan pula, hanya dua daripada empat stesen
hujan di Daerah Seremban yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan bilangan kes denggi:
Stesen Stor JPS Sikamat (r = 0.613, p < 0.05) dan Stesen Hospital Seremban ( r = 0.64, p < 0.05).


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia