DEPRESI DAN KUALITI HIDUP KESIHATAN PESAKIT BUAH PINGGANG TAHAP AKHIR (Depression and health-related quality of life of end-stage renal disease patients)

Norhayati Ibrahim, Asmawati Desa, Norella Kong

Abstract


Artikel ini membincangkan mengenai tahap depresi dan hubungannya dengan kualiti hidup kesihatan di
kalangan pesakit buah pinggang tahap akhir (BPTA) yang menjalani rawatan hemodialisis (HD) di
Malaysia. Seramai 183 orang pesakit hemodilisis di bawah pengurusan pusat perubatan Universiti
Kebangsaan Malaysia dan pusat dialisis amal MAA-Medicare telah dijadikan subjek kajian. Beck
Depression Inventory 11 (BDI 11) telah digunakan untuk mengukur tahap depresi dan Short- form 36
(SF-36) bagi mengukur kualiti hidup kesihatan pesakit. Pengumpulan data melalui temuduga berstruktur
telah dijalankan di antara November 2008 hingga Julai 2009. Kajian ini berbentuk kajian rentas dan data
dianalisis menggunakan ujian t, ANOVA dan korelasi Pearson. Keputusan menunjukkan sebanyak 8.2%
pesakit HD mengalami depresi yang teruk dan terdapat hubungan yang negatif di antara depresi dan
kualiti hidup kesihatan pesakit. Dapatan kajian ini menggambarkan bahawa semakin tinggi depresi di
kalangan pesakit hemodialisis maka semakin rendah kualiti hidup kesihatan mereka.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.