KEPERLUAN SOKONGAN EMOSIONAL DALAM KALANGAN ANAK DEWASA YANG MENJAGA WARGA TUA (Emotional Support Needs In Caring For The Elderly Parents By The Adult Children)

Khadijah Alavi, Rahim M. Sail, Khairuddin Idris, Asnarulkhadi Abu Samah, Christine Chan

Abstract


Peningkatan bilangan warga tua di Malaysia (60 tahun ke atas) akan mencapai jumlah 2.2 juta orang
atau 9.5% menjelang 2020. Statistik juga menunjukkan bahawa kadar kelahiran semakin menurun
beberapa dekad kebelakangan ini. Statistik ini menggambarkan satu dimensi baru berkaitan penjagaan
warga tua dalam kalangan anak dewasa. Anak-anak dewasa pula, selain menghadapi bebanan untuk
menyara keluarga sendiri, terpaksa menyara orang tua mereka yang kos kesihatan semakin hari
semakin meningkat. Artikel ini meninjau aspek sokongan emosi dan timbal balik dalam hubungan
anak dewasa (penjaga) dengan warga tua dengan menggunakan pendekatan teori pertukaran sosial.
Kaedah survei digunakan dari bulan November 2008 hingga Januari 2009 untuk mengumpul data
daripada 640 orang anak dewasa daripada etnik Melayu, Cina dan India. Dapatan kajian menunjukkan
65% anak dewasa bandar dan 59.7% anak dewasa luar bandar yang menjaga warga tua ialah anak
dewasa perempuan yang majoritinya telah berkahwin dan mempunyai anak antara satu ke tiga orang.
Majoriti responden luar bandar (92.8%) dan 43.1% responden bandar tinggal bersama warga tua yang
dijaga mereka dan kerelaan untuk menjadi penjaga kepada warga tua merupakan pilihan mereka
sendiri. Pasangan penjaga merupakan pemberi bantuan fizikal dan emosi utama dalam proses
penjagaan warga tua.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.