PENGURUSAN ARTISTIK: KAJIAN MENGENAI PERANAN SET SELAKU TENAGA KREATIF DALAM SENI PERSEMBAHAN PENTAS DI MALAYSIA (Artistic management: Research on the role of the set as a creative manpower in Malaysia’s stage performance arts)

Ab Samad Kechot, Sabzali Musa Kahn

Abstract


Penulisan ini adalah berkaitan perkembangan kreativiti dan pengurusan organisasi seni persembahan pentas iaitu teater moden yang merangkumi perancangan rekabentuk, sumber manusia dan kreativiti dalam sesuatu pementasan. Pengurusan seni persembahan mempunyai peranannya tersendiri dalam menyumbang kepada sesuatu seni pementasan yang berkesan. Ia secara langsung melibatkan aktiviti rekabentuk yang harus dilalui oleh pereka set dan pasukan dalam menghasilkan sesebuah rekaan dan binaan set teater yang mantap. Kajian ini dilakukan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 2006. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kualitatif (temubual). Hasil penyelidikan ini dapat membantu memgumpulkan data serta menganalisisnya demi mengutarakan hujah-hujah dan jawapan yang tepat dan berfeadah. Hasil dari kajian ini mendapati bahawa pereka set dan pasukan dalam produksi berperanan penting bagi menghasilkan sesebuah produksi yang mantap dan bermutu.Objektif utama artikel ini ialah untuk mengenalpasti psikologi pemikiran dan dorongan kerja yang wujud antara pereka set dan ahli pasukan dalam organisasi produksi teater di Istana Budaya. Artikel ini juga untuk mengenalpasti pemantauan dalam rekaan dan binaan set antara pereka set dan ahli pasukan dalam organisasi produksi teater di Istana Budaya. Penyelidik telah mengenalpasti tiga aspek penting yang harus diberi perhatian oleh pereka set dan pasukan produksi dalam proses menghasilkan rekaan dan binaan set. Penggunaan carta morfologi untuk setiap peringkat akan membantu bagi menghasilkan keberkesanan proses rekaan dan binaan set untuk sesebuah persembahan. Penggunaan templet petak lukisan yang berupa storyboard dapat membantu menghasilkan kejelasan visual setiap proses bagi semua peringkat produksi yang akan dipersembahkan. Dan kepelbagaian kepakaran dan pengetahuan pereka set penting bagi menghasilkan sesuatu rekaan dan binaan set yang mantap dalam persembahan.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.