CIRI HIDROLOGI DAN HAKISAN TEBING SUNGAI DI SUNGAI LENDU, ALOR GAJAH MELAKA

Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Haryati Che’ Lah

Abstract


Status hidrologi dan hakisan tebing sungai telah dikaji di Lembangan Sungai Lendu,
Melaka. Data dari stesen Batu Berendam telah digunakan bagi menganalisis status
hidrologi di kawasan berkenaan. Selain itu, hakisan tebing sungai turut dikaji
menggunakan teknik hakisan pin di lapangan. Data kemudiannya dianalisis menggunakan
statistik mudah Smith. Hasil analisis hidrologi mendapati Sungai Lendu berada di dalam
wilayah hidrologi yang diklasifikasikan sebagai L3W1 dengan Hujan (P)- Potensi sejat
peluhan (PE) di bawah 500 mm setahun. Potensi air larian di kawasan kajian ialah 466
mm. Purata hujan tahunan bagi tempoh 1970 hingga 2002 ialah 1999 mm iaitu di bawah
daripada purata hujan tahunan bagi Semenanjung Malaysia. September, Oktober dan
November merupakan paling banyak menerima hujan setiap tahun, masing-masing pada
kadar 208 mm, 205 mm dan 242 mm. Sejatpeluhan potensi dikira menggunakan rumus
Thornwaithe mencatatkan nilai minima pada bulan November (119 mm), manakala nilai
maksima ialah Februari (136 mm). Tren mengikut plot menunjukkan jumlah hakisan
tebing tertinggi direkodkan pada plot 1 (78.84 cm), diikuti plot 3 (43.5 cm) dan plot 2
(30.06 cm). Pada keseluruhannya, hakisan tebing sungai yang berlaku bagi ketiga-tiga
plot adalah sebanyak 152.4 cm- purata hakisan sebanyak 30.4 cm telah berlaku dalam
tempoh masa satu bulan sepanjang kajian dijalankan atau kira-kira 3.65m thn-1. Plot 2
mencatatkan nilai r2 yang tinggi di antara kadar hakisan tebing sungai dengan hujan, iaitu
masing-masing 78 peratus dan 51 peratus. Pembinaan struktur kawalan tebing sungai
adalah alternatif mengurangkan hakisan tebing sungai. Namun begitu, ianya memerlukan
penyelengaraan berkala khususnya semasa luahan banjir.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.