CITRA LELAKI DULU DAN KINI DALAM PROSA MELAYU: ANALISIS TEORI RELEVANS

Nor Hashimah Jalaluddin, Norsimah Mat Awal

Abstract


Banyak kajian telah ditulis mengenai wanita tetapi tidak banyak yang dikaji mengenai
lelaki. Novel sebagai salah satu bahan korpus mampu menggambarkan lelaki Melayu
yang boleh dijadikan rujukan yang menyamai dunia realiti. Budaya Melayu selalu
menyanjung lelaki sebagai mereka yang berkuasa, tempat berpaut bagi wanita, kuat,
sentiasa ‘tidak bersalah’ dalam tindak tanduk, telah memberikan persepsi seolah-olah
dunia ini milik lelaki. Ciri-ciri ini terjelma dalam filem-filem P. Ramlee, drama-drama,
novel-novel klasik malah novel-novel popular hari ini. Jelasnya tidak wujud anjakan
paradigma pada penilaian terhadap citra lelaki ini. Teori Relevans, teori yang
mementingkan pemprosesan maklumat mampu membantu pembaca memahami watakwatak
lelaki yang dilakarkan dengan saintifik. Makalah ini melihat citra lelaki Melayu
melalui analisis Teori Relevans dengan menggunakan korpus filem dan novel bagi
mensahihkan persepsi di atas. Eksplikatur dan implikatur pada mesej yang hendak
disampaikan akan dicungkil bagi memudahkan pemahaman pembaca mengenali peribadi
lelaki Melayu ini.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.