ANALISIS KEBERKESANAN SUBJEK HUBUNGAN ETNIK SEBAGAI PENCETUS LITERASI POLITIK: KAJIAN KE ATAS MAHASISWA UNIKL MIIT (Analysis of the Effectiveness of Ethnic Relations Subject as Political Literacy Trigger: A Study of UNIKL MIIT Students)

Siti Shariyah Shaari, Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali

Abstract


 

Literasi Politik merupakan suatu petanda aras kepada keharmonian dan perpaduan di seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia. Ini kerana puncak kepada integrasi rakyat adalah mempunyai kefahaman yang jitu dalam ilmu berbentuk politik sebelum menyertai lapangan politik seperti penglibatan dalam pilihan raya atau pernyertaan aktiviti dalam parti secara sukarela. Pada peringkat institusi pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewajibkan subjek Sivik dan Kenegaraan, Pengajian Malaysia dan Hubungan Etnik sebagai usaha bagi memastikan rakyat mendapat pendidikan politik yang sempurna. Oleh yang demikian, kajian ini akan menilai tahap literasi politik  dalam kalangan pelajar Universiti Kuala Lumpur (Malaysian Institute of Information Technology) antara tahun 2014 hingga 2016 menerusi subjek Hubungan Etnik. Objektif kajian ini adalah (1) menentukan perbandingan antara setiap penilaian bagi keberkesanan pengajaran subjek (Course Learning Outcome) (2) menentukan perbandingan pencapaian antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan bagi setiap keadah (3) menilai tahap literasi politik pelajar UniKL MIIT secara keseluruhan.  Markah penilaian seramai 278 pelajar dianalisis menerusi perisian IBM SPSS statistic. Hasil kajian menunjukkan bahawa peratusan markah peperiksaan akhir bagi subjek ini perlu di beri penekanan secara khusus, terdapat keseragaman bagi markah pelajar lelaki dan perempuan dan penyampaian subjek ini perlu ditukar kepada metod yang lebih efektif bagi memastikan kecemerlangan subjek.

________________________

 

Political Literacy is the key for unity and harmony in the world includes Malaysia. It leads to integration amongst people before participates in political arena like voting or volunteers in any political parties program. In order to achieve it, Ministry of Education oblige Pendidikan Sivik, Pengajian Malaysia and Hubungan Etnik to be taught in every layer of institution. Therefore, this research will analyse the level of Political Literacy among Universiti Kuala Lumpur (Malaysian Institute of Information Technology student between 2014 to 2016 through the subject of Hubungan Etnik. Among the objectives are: (1) to predict the effectiveness between every assessments in course learning outcome (2) to compare achievement between male and female students (3) to analyse the level of political literacy as a whole. About 278 marks of students had been taken to be analysed through IBM SPSS Statistic. The outcome shows that final examination percentage is a bit lower than others so need for improvement. Secondly, there were no differences between male and female student’s marks and lastly the method of teaching this subject need to change that suits with the ability of technical student.

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.