FILEM BERUNSURKAN ISLAM: SATU PENDEFINISIAN (Islamic oriented film: A definition)

Mohd Helmi Yusoh, Jamaluddin Aziz

Abstract


Makalah ini memfokuskan kepada pendefinisian filem berunsurkan Islam. Idea ini adalah sebuah idea dari Naim Ahmad bagi menjernihkan kekelabuan khalayak tentang definisi filem Islam. Memandangkan definisi filem berunsur Islam ini adalah sesuatu yang baharu dan masih kurang diteliti dari para sarjana, maka tujuan kertas kerja ini adalah untuk merungkai dan memantapkan definisi serta konsepnya agar lebih jelas dan sistematik. Hal ini kerana Naim Ahmad tidak menghuraikan definisi filem berunsurkan Islam dengan jelas dan ini membuka ruang untuk pengkemaskinian. Bagi kertas kerja ini, dua buah filem dari Indonesia arahan Hantung Bramantyo iaitu Perempuan Berkalung Sorban (2009) dan Ayat-ayat Cinta (2008) telah dipilih secara bertujuan bagi analisis tekstual secara mendalam. Watak wanita pula dipilih sebagai tumpuan analisis tekstual dengan menggunakan kerangka Teori Ilmu Sosial Profetik yang dipelopori oleh Kuntowijoyo sekitar tahun 1980-an. Teori yang berasaskan kitab Al Quran menerusi ayat 110 surah Ali ‘Imran ini memiliki tiga prinsip iaitu Humanisasi, Liberasi serta Transendensi. Walaubagaimanapun, kertas kerja ini hanya memberikan tumpuan kepada satu prinsip sahaja iaitu Humanisasi. Kami ingin bahaskan di sini bahawa teori Ilmu Sosial Profetik ini dapat menyumbang kepada pengukuhan definisi filem berunsur Islam dengan memaparkan bagaimana prinsip Humanisasi wujud pada watak-watak wanita secara kolektif dalam kedua-dua buah filem.

__________________________

 

This paper focuses on defining Islamic oriented film, an idea introduced by Naim Ahmad. This is an alternative idea conceptualized by Naim Ahmad to pave a more scholarly way in defining an Islamic film. Given that the concept of an Islamic oriented film is new - still less scrupulously described by scholars -, the aim of this paper is to demystify and therefore systematize the definitions and principles involved in defining an Islamic oriented film. This is because Naim Ahmad himself provides no clear principles of his concept. To elucidate this concept further, two films from Indonesia entitled Perempuan Berkalung Sorban (2009) and Ayat-ayat Cinta (2008) were purposely selected. The female character was chosen as the focus of the textual analysis. This analysis is framed by Prophetic Social Theory, a theory pioneered by Kuntowijoyo around the 1980s. The theory is based on the holy Quran through the verse-110 from Surah Ali 'Imran. It has three principles, which are Humanization, Liberation and Transcendence. However, this paper focuses only on the principle of Humanization. The findings indicate that both films contain Humanization principle as communicated via the female characters.  This shows that the theory used in this study can contribute towards defining Islamic oriented film. 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.