KONSEP KOMUNITI DAN PERKEMBANGANNYA: SUATU TINJAUAN KRITIKAL TERHADAP PENGGUNAANNYA (The Concept of Community and its Development: A Critical Review towards its Application)

Mohd Syariefudin Abdullah, Prof. Dr. Mansor Mohd Noor, Ahmad Rizal Mohd Yusof, Faridah Che Husain

Abstract


Komuniti adalah satu bentuk yang dinamik dan sering berubah dan berkembang secara evolusi daripada bentuk komuniti primitif hinggalah kepada bentuk komuniti maya. Perubahan bentuk komuniti ini adalah kesan langsung disebabkan oleh perkembangan teknologi dan internet serta proses perbandaran yang berlaku. Antara tokoh yang banyak bercakap berkaitan dengan komuniti ini adalah Emile Durkheim, Ferdinand Tonnies dan Robert Redfield serta beberapa orang tokoh lain. Antara konsep yang terkesan dan memberikan impak yang besar dalam mengukur komuniti adalah konsep yang dibawa oleh Ferdinand Tonnies iaitu konsep Gemeinschaft dan Gesellschaft. Gemeinschaft adalah keadaan yang merujuk kepada komuniti yang sebenar sementara Gesellschaft adalah merujuk kepada perubahan komuniti yang dihuraikan dengan konsep society yang dikaitkan dengan organisasi dan persatuan untuk mewujudkan komuniti bentuk baru yang berasaskan kekuatan organisasi dalam komuniti. Dalam sesetengah keadaan para sarjana mengaitkannya dengan neo-Gemeinschaft. Justeru, kertas kerja ini cuba untuk mengetengahkan konsep komuniti dan perbahasan mengenainya dan mendapatkan respon daripada pembentang kertas kerja.

______________________________

Community is a dynamic concept which always changed and constructed through primitive and virtual form. The construction community is a direct impact due to the development of technology and the internet as well as the urbanization processes. Scholars who discuss and argue about community concept are Emile Durkheim, Ferdinand Tonnies and Robert Redfield as well as some other figures. Among the concepts that impressed and had a big impact in measuring the community was the concept introduced by Ferdinand Tonnies, Gemeinschaft and Gesellschaft. Gemeinschaft is a situation that refers to a real community while Gesellschaft refers to community changes described by the concept of society associated with organizations and associations to create a new community of communities based on organizational strength within the community. In some circumstances, scholars associate it with neo-Gemeinschaft. This paper attempts to highlight the concept of community, debate about it and receive a response from paper presenters.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.