KOMUNIKASI POSITIF DALAM PERKAHWINAN ORANG MELAYU BANDAR DI LEMBAH KLANG (Positive Communication Among Married Urban Malays In Lembah Klang)

Suzana Mohd Hoesni, Jamiah Manap, Ezarina Zakaria

Abstract


Komunikasi positif merupakan asas utama dalam sebuah perkahwinan yang teguh. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka bentuk komunikasi positif yang diamalkan oleh pasangan Melayu bandar di kawasan Lembah Klang. Pendekatan kualitatif grounded theory digunakan untuk memahami pola komunikasi positif. Data diperolehi menerusi temuramah separa berstruktur daripada 18 individu Melayu bandar yang tinggal di 10 lokasi yang dikategorikan sebagai kawasan membangun di daerah Lembah Klang. Selain temuramah, pemerhatian dan analisis dokumen juga telah dilakukan. Informan dipilih mengikut kriteria yang ditetapkan iaitu berkahwin kali pertama dan berstatus berkahwin, tinggal sebumbung dan sekurang-kurangnya setahun berkahwin. Hasil kajian mendapati bahawa informan mengamalkan dua jenis komunikasi iaitu komunikasi bersemuka dan komunikasi teknologi. Komunikasi bersemuka didapati digunakan untuk mengeratkan perhubungan pasangan berkahwin iaitu dengan berjenaka, berkomunikasi secara positif dan menyelesaikan konflik. Komunikasi teknologi pula digunakan individu berkahwin untuk meluahkan cinta, berhubung dengan mesra, berkongsi ilmu dan menyelesaikan masalah. Informan juga melaporkan bahawa komunikasi yang positif meningkatkan kepuasan dalam perkahwinan. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini memberikan implikasi kepada ilmu bidang psikologi yang memfokuskan kepada perkembangan dalam perkahwinan yang spesifik kepada budaya Melayu.Kajian ini juga memberikan implikasi aspek praktikal yang spesifik kepada profesion menolong seperti kaunselor, pekerja sosial dan ahli terapi yang menguruskan kes yang berkaitan dengan pasangan yang berkahwin. Kajian pada masa akan datang perlu diperbanyakkan lagi daripada aspek perkahwinan dalam budaya lain khususnya budaya bukan Barat bagi membantu mempertingkatkan kualiti kehidupan pasangan orang berkahwin dalam budaya tersebut

_____________________

Positive communication serves as an important basis within a strong marriage. Thus, this study aims to explore the types of positive communication which are practiced by married Malays in Lembah Klang. Grounded theory and qualitative approach were applied to understand the positive communication patterns. Data were gained from semi structured interviews that were carried out  among 18 married Malay indivudals living in 10 developing locations within lembah Klang. Informants were chosen according to determined criterias which were married for the first time, and still with married, living in one house and at least married for one year. Findings indicated that informants practiced two types of communication which are face-to-face communication and technology communication.Face-to-face communication was found to be applied to increase intimacy between spouses which includes humor, positive communication and conflict resolution. Technology communication was applied for married individuals to express love, connect intimately, sharing of knowledge and for conflict resolution. Informants also reported that positive communication increased marital satisfaction. Overall, this study gives implication to the field of develoopmental psychology which focuses on marital issues besides the West.This study also gives an implication practically to the helping profesions such as counsellors, social workers, and therapists working with married couples. Future studies are suggested to explore more on mariage within non Western cultures in order to increase the quality of married copuples within non Western cultures.

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia