KESESUAIAN TRET PERSONALITI CONSCIENTIOUSNESS, NEUROTICISM GURU DAN KEFAHAMAN KURIKULUM DALAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI PERSPEKTIF BAHASA

Mohd Tarmizi Abdul Hamid, Rozmi Ismail

Abstract


Perkembangan asas bahasa kepada kanak-kanak prasekolah perlu diberi penekanan awal kerana ia kemahiran asas untuk kejayaan kanak-kanak pada masa depan. Pengaruh guru dikatakan sebagai peramal kepada perkembangan ini. Justeru, kajian ini mengkaji pengaruh tret personaliti guru dan kefahaman kurikulum terhadap perkembangan kanak-kanak dari aspek asas bahasa. Tret dikaji ialah conscientiousness (kehematan) dan neuroticism (neurotisisme). Kajian juga melihat hubungan tret itu dengan kefahaman dan pengetahuan guru prasekolah. Pengkaji menggunakan kaedah kajian tinjauan dengan soal selidik dan senarai semak untuk mengukur faktor-faktor tersebut. Kajian ini melibatkan 85 orang guru dan 308 kanak-kanak prasekolah. Dapatan kajian menunjukkan guru prasekolah mempunyai tret personaliti conscientiousness yang tinggi serta memiliki personaliti neuroticism yang rendah. Analisis korelasi mendapati tret conscientiousness mempunyai hubungan yang signifikan dengan kefahaman kurikulum manakala tret neuroticism mempunyai hubungan signifikan dengan pengetahuan guru.  Ini menunjukkan guru prasekolah mempunyai tret personaliti yang bersesuaian dengan pekerjaan mereka. Analisis regresi pula menunjukkan kefahaman kurikulum memberi pengaruh yang signifikan kepada perkembangan kebolehan asas bahasa kanak-kanak. Kesimpulannya tret conscientiousness dan neuroticism yang terkawal boleh dijadikan kriteria guru berkualiti kerana kehematan berkerja dan emosi yang stabil mempunyai hubungan dengan kefahaman kurikulum dan pengetahuan pengajaran. Implikasi dalam aspek latihan perguruan adalah wajar bakal guru prasekolah dipilih berdasarkan tret personaliti yang bersesuaian. Memahami kurikulum prasekolah juga penting kerana faktor ini memberi impak berkesan kepada perkembangan kebolehan asas bahasa kanak-kanak prasekolah.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia