PENENTUAN MODEL ADAPTASI TERHADAP KEMUDAHTERANCAMAN KENAIKAN ARAS LAUT DI SELANGOR, MALAYSIA

Noorazuan Md Hashim, Zaini Sakawi, Lam Kouk Choy, Mokhtar Jaafar, Rosniza Aznie Che Rose, Nor Hasyifa Ahmad

Abstract


Salah satu cabaran dalam pengurusan bencana di Malaysia adalah usaha untuk memperkuatkan daya tahan (resilience) di kalangan penduduk yang terdedah kepada bahaya persekitaran. Perbincangan mengenai keupayaan masyarakat terhadap sebarang penyesuaian atau adaptasi terhadap bencana persekitaran masih lagi dalam perdebatan samada penyelidik di dalam mahupun di luar negeri. Kajian ini bertujuan untuk menentukan model adaptasi tingkah laku penyesuaian masyarakat pesisir pantai di Selangor terhadap kenaikan aras laut agar faktor yang terlibat dikenalpasti dan diurus untuk mencapai matlamat pembangunan mampan. Secara teorinya, tingkah laku adaptasi ditentukan oleh empat faktor utama, iaitu pengetahuan, kesedaran, persepsi terhadap kenaikan aras laut dan juga latarbelakang sosioekonomi masyarakat pesisir pantai. Kajian ini melibatkan 1050 responden yang dipilih secara persampelan rawak berstrata. Data yang diperoleh melalui temuduga berstruktur dengan menggunakan soal selidik ini dianalisis menggunakan kaedah Model Persamaan Berstruktur (SEM). Hasil kajian menunjukkan bahawa aspek latar belakang pendidikan masyarakat, kesedaran serta aspek sosioekonomi mempunyai kesan positif terhadap amalan penyesuaian atau adaptasi penduduk pesisir terhadap bencana persekitaran. Nilai RMSEA, RMSR dan CFI juga telah menunjukkan kriteria model yang baik dan dianggap sesuai dan boleh diterima. Adalah didapati konstruk  pengetahuan, kesedaran dan persepsi telah menunjukkan nilai korelasi yang tinggi (r> 0.900, p = 0.05). Faktor sosioekonomi penduduk juga dianggap penting dalam memberikan kesan yang positif terhadap amalan penyesuaian terhadap bencana kenaikan aras laut. Adalah dicadangkan bahawa tahap pengetahuan dan sosioekonomi masyarakat perlu ditingkatkan oleh pihak berkuasa untuk mengurangkan tahap kemudahterancaman mereka di masa akan datang.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia