WARGA EMAS DAN PILIHAN PENEMPATAN DI PUSAT JAGAAN HARIAN

Azura Tamat, Suresh Kumar N Vellymalay

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk meneroka faktor pendorong penempatan warga emas di pusat jagaan harian dan kelebihan yang diperoleh oleh golongan ini setelah tinggal di situ. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti kepuasan warga emas terhadap pusat jagaan harian dalam menjalani rutin seharian. Seramai dua puluh lima orang warga emas yang terdiri daripada wanita dan beragama Islam di pusat jagaan Rumah Ibuku Sayang Ar Rayyan, Seremban, Negeri Sembilan dipilih sebagai sampel dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Temu bual berstruktur berbantukan borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada warga emas yang dikaji. Hasil kajian mendapati bahawa kesunyian tinggal di rumah, jaminan keselamatan dan pilihan sendiri untuk tinggal di pusat jagaan harian merupakan tiga faktor utama yang mendorong warga emas memilih untuk ditempatkan di pusat jagaan Rumah Ibuku Sayang Ar Rayyan. Hasil kajian juga mendapati bahawa kemudahan menuntut ilmu agama dan beribadah, aktiviti-aktiviti yang efektif, peluang persahabatan, jaminan keselamatan dan jaminan kesihatan merupakan kelebihan yang diperoleh oleh warga emas di tempat ini. Warga emas berasa lebih tenang, dapat melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang berfaedah dan menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan bagi memenuhi keperluan mereka. Oleh itu, Rumah Ibuku Sayang Ar Rayyan memainkan peranan yang penting dalam menyediakan sokongan sosial yang amat diperlukan dalam kehidupan warga emas beragama Islam yang ditempatkan di pusat jagaan harian ini.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia