PENILAIAN PSIKOMETRIK KECERDASAN EMOSI SOSIAL: THE EMOTIONAL QUOTIENT INVENTORY YOUTH VERSION (EQ-i:YV) DI MALAYSIA

Lailawati Madlan @ Endalan, Abdul Adib Asnawi, Chua Bee Seok, Jasmine Adela Mutang

Abstract


Kecerdasan emosi sosial merupakan satu bidang yang masih baru di Malaysia dan penyelidikan yang berkaitan dengannya masih dalam proses penerokaan. The Emotional Quotient Inventory Youth Version (EQ-i:YV) yang direkabentuk oleh Bar-On dan Parker merupakan salah satu instrumen yang digunakan untuk mengukur kecerdasan emosi sosial khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Justeru, tujuan utama kajian ini adalah membuat penilaian psikometrik ke atas instrumen EQ-i:YV. Seramai 1067 orang pelajar telah dipilih sebagai responden kajian ini, iaitu dari sekolah sekitar Kota Kinabalu dan Kudat, Sabah. Bagi menguji kebolehpercayaan intrumen EQ-i:YV, pengkaji menggunakan analisis kebolehpercayaan ketekalan dalaman dengan menggunakan kaedah pekali alfa cronbach. Sementara itu, kesahan inter-korelasi dan analisis faktor eksploritori (EFA) digunakan bagi menguji kesahan konstruk instrumen EQ-i:YV. Hasil kajian mendapati enam dimensi dalam instrumen EQ-i:YV yang dibentuk menunjukkan kebolehpercayaan ketekalan dalaman di tahap sederhana dan tinggi (sekitar 0.52 hingga 0.75). Namun, secara keseluruhannya instrumen EQ-i:YV mencatatkan pekali alfa cronbach yang tinggi iaitu 0.86. Hasil analisis kesahan inter-korelasi menunjukkan terdapat beberapa dimensi berkorelasi secara positif dan terdapat juga beberapa dimensi tidak berkorelasi antara satu sama lain. Manakala, hasil EFA pula menunjukkan secara keseluruhannya kebanyakan item mempunyai nilai loading di tahap sederhana dan tinggi. Penilaian psikometrik bagi instrumen EQ-i:YV ini dilihat penting dan secara tidak langsung memberi implikasi kepada pengkaji akan datang yang bakal menggunakan instrumen ini dalam menjalankan kajian berkaitan kecerdasan emosi sosial khususnya dalam kalangan pelajar atau remaja di Malaysia.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.