PILIHAN RAYA KECIL (PRK) CAMERON HIGHLANDS: KEMENANGAN BN ATAU KEKALAHAN PH?

Suresh Kumar N Vellymalay

Abstract


Artikel ini bertujuan membincangkan Pilihan Raya Kecil di Cameron Highlands dan pergelutan kerusi Parlimen antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). Dalam PRK ini, calon BN telah memenangi dan mengekalkan kerusi tradisi Parlimen Cameron Highlands dengan mengalahkan calon PH. Sehubungan itu, artikel ini menerangkan beberapa faktor yang mendorong pengundi untuk mengundi BN; antaranya adalah faktor kesesuaian calon, faktor kesetiaan rakyat, kerjasama UMNO-PAS, politik perkauman dan faktor bangsa. Selain itu, artikel ini juga menerangkan beberapa faktor yang menghalang sokongan undi terhadap PH seperti kegagalan PH menunaikan janji dalam Manifesto PH dalam PRU 14, strategi kempen, kesesuaian calon, isu integriti dan penerimaan terhadap calon oleh pengundi. Berdasarkan faktor tarikan sokongan pengundi kepada BN dan faktor tolakan sokongan pengundi terhadap PH, beberapa pengajaran yang dapat dijadikan sebagai panduan daripada PRK Cameron Highlands turut dikemukakan.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia