CABARAN DALAM MENGEKALKAN KESIHATAN ANAK KURANG UPAYA DI LUAR BANDAR DAN PEDALAMAN SABAH

Lineker Takom, Muhammad Idris Bullare @ Bahari, Nurul Hudani Md. Nawi

Abstract


Kekurangan dari segi kemudahan penjagaan kesihatan adalah masalah yang sering dialami oleh ibu bapa kanak-kanak kurang upaya di luar bandar dan pedalaman. Sehingga sekarang, sangat terhad kajian yang mengkaji isu ini terutamanya dalam konteks Sabah. Kajian ini direka untuk meneroka cabaran pengekalan kesihatan anak kurang upaya di kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah. Reka bentuk kajian kes induktif telah digunakan. Proses persampelan yang dimulakan dengan persampelan bertujuan diikuti dengan pensampelan teoretikal telah digunakan untuk memilih lapan orang ibu bapa. Analisis data telah dilaksanakan dengan bantuan Atlas.ti versi 8 untuk mendapatkan tema. Hasil analisis induktif telah menghasil tujuh tema yang menjelaskan cabaran dalam mengekalkan kesihatan anak di kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah iaitu; kekerapan melakukan perjalanan jauh bagi mendapatkan perkhidmatan pakar, masa perjalanan mendapatkan rawatan dan intervensi anak, kekerapan transit antara pengangkutan awam, masalah jalan di luar bandar dan pedalaman, berhadapan dengan ketidakfahaman ahli masyarakat, dasar kerajaan menempatkan kemudahan perubatan dan intervensi di pusat bandar, dan kesukaran mendapatkan penjagaan kesihatan yang berkualiti untuk anak. Kesukaran mengekalkan kesihatan anak ini menjadi punca utama kepada masalah kewangan ibu bapa. Ringkasnya, ibu bapa kanak-kanak kurang upaya di luar bandar dan pedalaman Sabah mengalami pelbagai cabaran dari segi penjagaan kesihatan anak mereka.  Oleh itu, penyelidik mencadangkan penempatan doktor pakar dan ahli terapi untuk kanak-kanak kurang upaya di hospital luar bandar Sabah bagi mengurangkan beban ibu bapa.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.