BULI SIBER: KETIDAKSANTUNAN BAHASA DAN ETIKA MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA MALAYSIA

Azianura Hani Shaari, Mohammad Rahim Kamaluddin

Abstract


Buli siber merupakan satu amalan komunikasi melalui teknologi yang bertujuan untuk mengecam, mengganggu, memalukan atau mengugut mangsa melalui perkataan yang negatif, penyebaran maklumat palsu mahupun perkongsian gambar atau video yang boleh menjatuhkan imej si mangsa. Buli siber merupakan satu masalah global yang memberi kesan negatif, terutamanya dalam kalangan remaja yang merupakan pengguna media sosial utama. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan bagaimana unsur-unsur ketidaksantunan dalam berbahasa serta ketidakpatuhan etika media sosial boleh membawa kepada jenayah buli siber di kalangan remaja. Dengan menggunakan kaedah penceritaan dalam mengupas kes-kes terdahulu, kertas ini akan membincangkan tentang beberapa kejadian buli siber antarabangsa yang mendapat liputan meluas di seluruh dunia. Selain dari itu, kertas ini juga membincangkan satu kajian terdahulu yang melihat corak ketidaksantunan bahasa dalam kalangan remaja Malaysia. Untuk mencapai objektif kajian, satu siri temubual serta pemerhatian telah dilakukan selama 12 bulan ke atas 120 orang remaja di Malaysia di mana 324, 362 perkataan telah berjaya dikumpulkan. Berdasarkan data yang diperolehi, penyelidik kemudiannya menjalankan satu analisis bahasa berasaskan teori ketidaksantunan (Culpeper 1996). Hasil kajian menunjukkan fenomena ketidaksantunan bahasa yang jelas dalam kalangan remaja di Malaysia. Kupasan kes beserta perbincangan hasil kajian yang dilakukan bersama teori-teori berkaitan diharap mampu memberi gambaran yang lebih jelas tentang jenayah buli siber dari sudut etika dan sosiobudaya serta amalan berbahasa dalam kalangan remaja.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.